𝑝𝑟𝑜𝑙𝑜𝑔

41.8K 1.1K 79
                                    

Aku mendekatkan muka ke kaca tingkap apabila aku dengar bunyi guruh di langit. Dengan perasaan teruja, langsir aku selak, lalu dengan jelas aku lihat hujan turun renyai-renyai kemudian bertukar deras. Aku hembuskan nafas pada kaca tingkap sehingga meninggalkan wap yang membentuk bulatan besar.

Perlahan-lahan aku gerakan jari telunjuk runcing ku untuk menulis sesuatu. Aku senyum.

Melissa love rain.

"Menjengkelkan. Kau selalu buang masa macam orang tak betul, heh.. Perempuan bodoh."

Aku mengeraskan tubuh apabila mendengar suara berbaur ejekan yang cukup aku kenali tanpa perlu menoleh ke gerangan itu.
Dalam deras hujan. Aku dengar lagi dia seperti mengumam sesuatu lalu aku rasa dia sedang memerhatikan aku. Tak.. Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja.

"Stupid little girl. What do you think you're doing? Thinking how to act clever when I'm around?"

Aku menoleh. Lalu dengan muka terkejut aku dapati dia sedang berdiri dibelakang aku. Rapat, dan aku boleh hidu haruman perfume yang dia pakai.
Aku berundur setapak ke belakang dan mendapati, tubuhku melekap pada tingkap.

Aku kunci mulut apabila jemari nya menolak kasar dagu ku naik ke atas. Memaksa aku menatap muka nya yang dingin. Sedingin air hujan.

"Aku tak suka kau buat-buat pekak bila aku tengah bercakap. Kau faham ke tak?"

Hembusan nafas nya jelas menampar wajahku perlahan. Jari sejuk nya masih berada dibawah daguku, dan semakin mencucuk disitu.

"Aku tak suka tengok muka teruja kau. Aku tak suka tengok muka gembira kau. Aku tak suka kau senyum. Kau tahu?"

Aku mengangguk perlahan. Pandanganku mulai dikaburi air mata. Wajah nya nampak berbalam-balam.
Aku sempat lihat dia berdecit dan tersenyum sinis. Suka mungkin melihat air mataku tumpah kerana nya. Dia memang tak suka aku sejak aku masuk ke keluarga ini.

"Look who is crying."

Mata nya tajam menikam anak mataku sehingga aku kalah dalam pertempuran bersama lagi. Aku merubah pandangan ke dada nya. Tak sanggup lagi aku memandang mata dia yang penuh kebencian terhadap aku.

"Boleh lepaskan Mel tak."

"Look who is talking."

Aku menahan esakkan daripada keluar. Pandangan mataku semakin berbalam-balam. Tangan nya dialihkan daripada daguku, membuatkan mataku terus terpaku statik kepada dada nya yang berbalut jaket berwarna putih.

"Menangis? Sakit hati sebab aku selalu buat kau sedih?"

Nada nya dingin menyoal aku. Aku tak mengangguk, mengeleng apatah lagi.
Aku lihat dia berpeluk tubuh, seperti selalu yang dia lakukan bila dia rasakan dia akan menang dalam perlawanan kali ini.

Dia selalu menang.

Dan aku akan selalu kalah.

"Aku harap kau bisu, aku betul-betul maksudkan nya."

Laju aku alih pandangan ke wajahnya.

"Mel- Mel minta maaf. Mel minta maaf kalau abang sakit hati dengan Mel."

Aku lihat dia berdecit. Dia mendekati aku. Sebelah tangan nya dilekapkan ke dinding, mengepung bahagian kanan bahu ku.

Sebelah tangan nya pula dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia merenung wajah ku dekat, anak mata nya berlari-lari disekitar situ sebelum berhenti pada bibir ku.

"Stop biting your lips like a bitch, you know how cheap you are when you do that. It's makes me wanna cut your lips off."

Ujar nya kasar. Tajam dan menusuk terus ke dalam jiwa ku. Aku sedaya upaya menahan diri daripada meraung walaupun aku nak lakukan itu sekarang. Melepaskan segala rasa yang berendam di dalam diri aku.

Aku sedih.

Aku rasa bodoh.

Aku rasa aku.. Tak berguna.
Aku dibuli dia, dari segi mental dan fizikal. Tapi aku tak pernah bagitahu siapa-siapa, walaupun kepada mama dan papa.

"Stupid little bitch. Ugly. Dumb. Slow. Cry baby. Cheap. Weird."

Ujar nya satu persatu. Sambil mata nya tak lepas memandang ke bibir aku. Aku tak tahu apa yang menarik disitu. Aku berhenti mengigit bibir.

"Mel sayang, mama."

Aku dengar suara mama. Laju aku menoleh ke arah pintu bilik, aku lihat tombol pintu dipulas, terjengul wajah cantik mama yang sedang tersenyum.

"Mel sayang, jom turun makan."

Aku menarik nafas dalam apabila mendapati Dilan hilang dari hadapan ku.
Aku tak tertanya-tanya kemana hilang lelaki itu. Aku cuma.. Bersyukur mama datang tepat pada masa nya.

"Mama masak apa?"

Jelas suaraku kedengaran perlahan dan serak. Aku cuba senyum dekat mama, air mata yang bertakung ditubir mata aku kesat menggunakan belakang tangan.

Dengan langkah perlahan, aku mendapati tubuh mama lalu memeluknya erat. Mama mengelar aku manja tanpa mengetahui aku sedang meredakan kesedihan yang aku alami.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now