𝑏𝑎𝑏 23

10.2K 433 18
                                    

Deringan telefon yang berbunyi nyaring membuatkan Dilan tersedar dari lamunan. Telefon yang tergeletak diatas katil di ambil, nama yang tertera pada kaca telefon pintar itu dibaca dalam-dalam.

"Apa lagi kau nak ni."

Dilan berdecit, panggilan tadi dibiarkan tidak berjawab kerana dianggap tidak penting.

Tak menunggu lama, Dilan mencapai kunci kereta diatas meja lampu dan keluar daripada bilik. Langkah kaki nya teratur kemas meminjak anak tangga turun ke bawah satu persatu.

"Eh Dilan, nak pergi mana tu?"

Tegur datin Rose lalu datang menghampiri Dilan. Dilan melarikan pandangan ke arah ruang tamu yang kelihatan riuh dengan kedatangan sanak-saudara datin Rose dan dato Zain dari jauh.

Kelibat Melissa juga kelihatan di satu sudut sedang membuat sesuatu. Dilan lepas keluh.

What a lovely preparation!
Kata nya dalam hati. Sarcastic.

"Dilan. Mama tanya ni, kenapa diam je? Dari pagi tadi berkurung dalam bilik. Ni dah petang baru nak turun. Dilan ni ada masalah ke?"

"Ma. Dilan nak keluar. Jangan fikir sangat lah, I'm fine. And I have to settled a little tiny problem. Don't worry."

Dilan tayang senyum paksa. Sebelum beredar daripada ruang tamu. Meninggalkan datin Rose yang termangu dihadapan tangga.

"Dilan. Mama tak habis cakap lagi ni, come back here. Mama nak bincang something, Dilan adrian!"

Panggilan datin Rose diabaikan. Dalam hati Dilan berharap. Semua ini takkan menjadi. All this nonsense things! Fucked up.

***

Kereta yang dipandu entah arah nya nak kemana dilupakan. Dilan kelihatan tidak teratur, dengan rambut serabai. Kaca mata hitam yang dipakai tidak menunjukan dia ingin bergaya di petang hari malahan ingin menutup kesan penumbuk yang dihadiahkan Akil tempoh hari.

Telefon nya dari tadi berdering nyaring, tak berhenti sejak dia masuk ke dalam kereta sampailah dia memandu sekarang ni. Ikutkan hati nak je dia campak telefon ni keluar tingkap.

Dilan menarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri sendiri yang dah macam nak meletup sekarang ni.

Setelah dua jam memandu, berpusing-pusing tak tentu arah di lebuh raya tanpa arah tujuan. Dilan memutuskan untuk singgah ke satu tempat.

Tak mengambil masa lama, kereta nya berhenti betul-betul dihadapan rumah milik Lily. Dilan turunkan cermin tingkap kereta dan pandang ke luar sambil kecilkan mata.

Dalam ingatan. Baru dua enam kali dia menjejakkan kaki ke rumah ini. Rumah yang sepatutnya menjadi milik Yuhanis sebelum Lily memutuskan untuk membeli rumah ini.

Agak lama Dilan didalam kereta bersendirian sebelum akhirnya dia memutuskan untuk keluar.

Baru sahaja Dilan ingin menekan lonceng. Pagar rumah Lily terbuka sendiri. Bunyi enjin kereta kedengaran, Dilan spontan menoleh ke belakang.

Kereta Lily masuk ke perkarangan rumah dan berhenti dihadapan pintu pagar yang terbuka.

Dilan berpeluk tubuh apabila kedengaran enjin kereta Lily berhenti. Beberapa minit, Lily keluar daripada kereta dengan wajah ceria nya.

"Hey! You buat apa kat sini?"

Lily cuba memeluk Dilan, namun tangan nya ditepis.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now