𝑏𝑎𝑏 11

14.4K 580 20
                                    

Cahaya matahari pagi yang menyusup masuk melalui tingkap bilik Melissa membuatkan gadis itu mengeliat kesilauan. Terus sahaja dia membuka kedua belah mata nya, syiling bilik menjadi tatapan gadis itu.

Terkebil-kebil dia seketika sebelum mengerling jam lonceng disisi katil.
Jam lonceng tersebut jelas menunjukkan pukul 9 pagi.

"Harini mama dengan papa balik!"

Bergegas Melissa turun daripada katil nya lalu berlari anak masuk ke bilik mandi.
Tak lupa juga, tuala yang tersangkut ditepi pintu bilik mandi ditarik perlahan.

***

Dilan duduk diatas meja makan sambil sebelah tangan nya memegang surat khabar, manakala sebelah tangan nya memegang cawan yang berisi coffee buatan nya.

Dicicip perlahan kopi tersebut sebelum cawan kopi itu bertemu semua dengan piring nya.

Tap. Tap. Tap.

Bunyi derapan seseorang berlari kedengaran ditelinga Dilan. Kepala nya digelengkan perlahan sebaik sahaja bunyi derapan itu semakin mendekati pintu dapur.

Melissa termengah-mengah mengambil nafas panjang. Langkah nya diperlahan kan sebaik sahaja kaki nya menjejak lantai dapur. Melissa tersenyum melihat Dilan yang duduk disalah satu kerusi di meja dapur memandang ke arah nya dengan pandangan pelik.

"Late. Two minutes."

Dilan meletakkan surat khabar tadi di tepi nya. Melissa pula berjalan perlahan-lahan ke arah meja makan, satu kerusi kosong di hadapan Dilan ditarik, lalu dia melabuhkan punggung disitu.

"Good morning. Mel ingat abang dah tinggalkan Mel tadi."

"Pukul berapa kau tidur semalam?"

Melissa buat peace dihadapan Dilan, menunjukkan yang dia tidur pukul dua pagi semalam. Sakan jadi burung hantu mentang-mentanglah harini cuti.

Dilan mengeluh, segelas susu diletakkan dihadapan Melissa. Budak ni memang degil, susah nak dengar cakap.

"Minum cepat. Habiskan roti tu, lagi lima minit kita pergi airport ambil mama dengan papa."

Melissa senyap. Roti yang sudah sempurna disapu jam perisa strawberry dikuis-kuis mengunakan hujung jari nya. Perlakuan nya dikerling Dilan, tegas.

"Jangan main dengan makanan. Kau tau tak kat luar sana tu banyak orang yang keluar rumah tak sarapan pagi. Kau patutnya bersyukur dapat sarapan macam ni."

Suara Dilan tegas kedengaran dicuping telinga Melissa. Melissa berhenti dari menguis roti nya. Wajah Dilan ditelek.

"Kenapa abang nampak macam bad mood pagi ni? Abang ada masalah eh?"

Dilan yang sedang menghabiskan makanan nya terhenti apabila mendengar soalan daripada Melissa, soalan apa ke benda dia tanya ni.

Dilan tersenyum.

"Ada. Kau la masalah aku, kau tak penat ke asyik berlari-lari dalam fikiran aku ni?"

"Apa abang merepek ni!"

Melissa dah mula blushing. Sebelah tangan nya dibawah ke pipi. Dilan melepas tawa melihat muka Melissa yang bertukar warna.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now