𝑏𝑎𝑏 20

11.6K 397 12
                                    

"Apa?"

Melissa buat muka pelik sambil memandang tepat ke arah Nik yang membawa sekotak air mineral ke arah nya. Satu botol dihulurkan kepada Melissa.

"Air. Cikgu suruh agihkan. Awak ambilah, banyak lagi saya nak bagi ni."

Kata Nik sambil menunduk membetulkan kotak yang semakin senget di dalam pegangan nya.

"Eh!"

Nasib sempat. Melissa menahan kotak tersebut daripada jatuh, wajah nya dah Nik beberapa jarak sahaja akan bersentuhan.

"Bawa tu elok-elok sikit. Kan dah jatuh."

Bebel Melissa tanpa sedar. Tak berkelip mata Nik memandang ke arah nya.

"Dah kenapa pandang saya macam tu?"

Kalut-kalut Nik menegakkan badan. Kotak mineral tadi dipeluk erat.
Melissa tersengih.

"Tak nak cakap terima kasih ke?"

"Er.. Thanks."

"Sama-sama. Dah, pergilah bagi yang lain, by the way, cantik baju tu, terbalik."

Nik memandang baju yang dipakainya. Macam mana tak boleh perasan baju ni terbalik?!
Ini sebab tadi la ni. Tergesa-gesa sangat.

Mana nak letak muka ni oi!

"Tak apa la. Saya pergi dulu."

"Haha. Ya, bai. Jalan elok-elok."

Melissa melambaikan tangan nya ke arah Nik. Wajah Nik yang merah sebab panas ke sebab malu, membuatnya tersengih-sengih.

Tanpa sedar. Dari jauh. Ada mata-mata yang tak puas hati sejak tadi, memerhati mereka.

***

"Melissa."

Melissa segera menurunkan buku yang dibaca nya pantas. Wajah Yana yang baru masuk ke dalam khemah dipandang dengan penuh tanda tanya.

Dah kenapa dengan budak ni?

"Kenapa. Ada masalah?"

Yana duduk dihadapan Melissa sambil berpeluk tubuh. Pandangan nya jelas menujukan yang dia ada benda tak puas hati kat Melissa.

"Apa hubungan kau dengan Nik?"

"Hubungan? Apa kau merepek ni? Aku tak faham."

Melissa menggaru perlahan pipinya yang tak gatal. Cuba mencerna elok-elok apa benda yang Yana duk merepek tak tentu pasal ni.

"Kau boleh tak jangan buat-buat tak faham? Kau ingat aku tak nampak petang tadi bukan main mesra lagi kau siap bergurau sakan dengan Nik?"

Melissa membetulkan duduk nya dengan kening yang bertaut.
Wajah Yana dipandang dalam-dalam.

"Jap. Bila masa aku bergurau dengan Nik pulak ni? Kau salah tengok kut Yana."

"Eleh, Melissa, tolonglah. Yang dia bagi kau air tu apa?"

"Oh. Yang tu, yang air tu? Tu je pun, apa yang kau kecoh sangat?"

Malas nak melayan Yana. Melissa memusingkan badan menghadap ke arah lain, namun pergerakkan nya terhalang apabila hujung tudung nya ditarik Yana tanpa salam.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now