𝑏𝑎𝑏 28

9.7K 476 77
                                    

Love is a promise, love is a souvenir, once given never forgotten, never let it disappear.
- John Lennon

Matahari pagi garang memancarkan sinarnya ke bumi. Beberapa burung-burung kecil terbang bermain-main diatas atap koridor sebelah, pandangan mata Nik menjamah keindahan bumi.

Berdiri nya dia ditepi tingkap. Keseorangan dan tidak dapat lelap sejak semalam.

Nak jadi drakula? Jauh sekali.

Telinga Nik menangkap bunyi pintu dibuka. Bunyi tersebut tidak diendahkan sehinggalah sekali lagi kedengaran bunyi pintu ditutup.

Berserta derap kaki menghampiri.

"Nik termenung apa tu. Sampai ibu masuk pun tak perasan."

Hayati duduk diatas sofa.

Perlahan-lahan Nik memusingkan badan menghadap Hayati. Bibir nya tersenyum kelat.

"Maaf ibu. Awal ibu datang harini."

"Saja ibu datang awal. Tu ibu ada buatkan bubur atas meja. Nanti jangan lupa makan tau? Penat ibu buat."

Nik mengerling sekilas ke arah mangkuk tingkat yang selamat berada diatas meja ditepi katil nya.

Nik hanya mengangguk dan berjalan perlahan-lahan menghampiri katil.
Dengan berhati-hati Nik melabuhkan punggung disitu.

Perilakunya diperhatikan Hayati.

"Doktor ada cakap apa-apa kat ibu?"

"Cakap apa?"

"Bila Nik boleh keluar dari sini. Bosanlah duduk sini lama-lama bu."

"Nik. Nik baru duduk sini dua hari. Doktor pesan kena duduk sini seminggu kan?"

Nik memalingkan wajah. Tahu yang ibu nya akan berkata sedemikian.
Tapi dia nak balik. Ada sesuatu yang dia nak lakukan.

"Janganlah macam ni Nik. Dengar apa doktor pesan, nanti kesihatan Nik tambah teruk macam mana? Nik tak sayang ibu?"

"Bu. Nik dah sihat dah, taip bulan kena duduk hospital. Nik penatlah ibu, Nik pun nak hidup macam orang lain, tak boleh ke?"

Hayati menarik nafas dalam-dalam. Kedua mata nya terasa perih.

"Boleh. Nik boleh hidup macam orang lain, tapi Nik tak macam orang lain. Diorang sihat, Nik tak. Ibu janji lepas Nik sembuh, Nik boleh buat apa yang Nik suka. Tapi kali ni, tolonglah dengar cakap doktor. Ibu ada Nik sorang je dalam dunia ni. Ibu nak yang terbaik untuk anak ibu."

Pujuk Hayati. Suara nya diperlahankan sehabis mungkin, takut-takut mengguris hati anak teruna nya. Kasih nya kepada Nik membuatkan Hayati sanggup berkorban apa sahaja. Harta, atau pun nyawa.

"Tapi Nik kena keluar daripada sini. Sehari je ibu, Nik ada sesuatu nak buat."

"Nik nak jumpa perempuan tu lagi?"

Tebak Hayati membuatkan wajah Nik serta-merta berubah.

"Apa ibu cakap ni?"

"Betulkan apa ibu cakap? Nik nak jumpa Melissa."

"Ibu.. Ni-"

"Haritu dia ada datang rumah cari Nik. Ibu tak tahu pula anak ibu ni ada kawan perempuan yang sanggup datang rumah cari anak ibu ni. Siapa Melissa untuk Nik ni sebenarnya?"

***

"Dilan dah pergi butik tengok baju pengantin tu?"

Sambil membelek majalah, datin Rose sempat menyelitkan soalan kepada Dilan yang sedang duduk santai di atas sofa, menonton perlawanan bola yang sedang rancak bermain ditelevisyen.

[EB] DILAN MELISSAWhere stories live. Discover now