35❤

227 31 4
                                    


Jungkook berjalan masuk ke dalam Villa milik keluarganya.Saja mahu melawat kerana sememangnya villa itu terletak di tepi pantai yang sangat cantik.

Niat dia hanya mahu mengambil angin dan menenangkan fikirannya sebelum menghadapi peperiksaan besar yang berbaki dua minggu sahaja lagi.

"Eomma maafkan Taehyung.."

Tiba-tiba telinga Jungkook dapat menangkap bunyi tangisan lelaki yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.Dia juga terdengar nama Taehyung yang turut terselit.

Dengan perasaan yang ingin tahu dia menuju perlahan-lahan ke arah punca suara tersebut.Matanya dapat menangkap figura ahjumma Lee bersama Taehyung–

"Huh?Kenapa Taehyung di sini?ahjumma Lee menangis?"Jungkook terus ke arah mereka berdua dengan beribu persoalan.

"Maaf ganggu.. ahjumma Lee? kenapa ahjumma menangis?"Soal Jungkook lalu menggosok perlahan belakang wanita tua itu untuk menenangkannya.Dia sudah menganggap ahjumma Lee sebagai eommanya setelah dia kematian ibunya sejak kecil.

Taehyung yang terkejut dengan kedatangan Jungkook terus sahaja mengelap sisa air matanya yang masih berbaki.Ada sebab juga bagaimana hatinya tiba-tiba mahu menerima eommanya semula.

Mungkin kata-kata Aeyoung semalam.

"Aku cuma harapkan satu perkara daripada kau.. tolonglah terima ahjumma Lee semula.Dia tiada niat untuk tinggalkan kau.Semuanya bersebab.Janji dengan aku?"

Terus mati lamunan Taehyung apabila Jungkook menepuk bahunya.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau."Seusai kata terus sahaja Jungkook mendahului langkah Taehyung.Lelaki itu melihat ke eommanya sebelum ahjumma Lee memberi isyarat untuk mengikuti langkah Jungkook.

.
.
.
.
.

Jungkook berdehem kecil untuk menghilangkan rasa kekok diantara mereka berdua.Untuk seketika waktu,masing-masing hanya mendiamkan diri.Hanya bunyi ombak yang menenangkan sahaja yang kedengaran.

"Ada apa?"Soal Taehyung tanpa mahu berlama-lama lagi dengan Jungkook.

"Jadi,kau anak ahjumma Lee? Kalau kau nak tahu kan..dia selalu cerita dekat aku pasal kau."Jawab Jungkook seraya tergelak kecil.Barangkali teringat cerita kelakar mengenai Taehyung sewaktu dia masih kecil.

"Itu saja kau nak cakap?kalau macamtu aku nak balik–"

"Chill bro..Bukan pasal ni sebenarnya tapi pasal Aeyoung."Cantas Jungkook cepat.Taehyung menghentikan langkahnya lalu memandang ke arah Jungkook dengan dahi berkerut.

Jungkook berpusing menghadap Taehyung secara berdepan.Kedua tangannya pula dimasukkan ke dalam poket.

"Bukan kau dah janji taknak masuk campur urusan persahabatan kitaorang ke?"Soal Taehyung pula.Dia turut berdiri menghadap Jungkook.Mata mereka saling berlaga dengan pandangan yang tajam seolah masing-masing tidak menyukai antara satu sama lain.

"Memang.. tapi,dia dah jadi kesayangan aku.Apa salahnya kalau aku nak libatkan diri kan?"jawab Jungkook selamba.Taehyung pula mengepal penumbuk.Dia tahu lelaki di hadapannya ini sekadar mahu memanaskan hatinya.

"Kesayangan?bukan kau anggap semua perempuan kesayangan kau ke?Kau kan Playb–" Belum sempat Taehyung meneruskan lagi kata-katanya, Jungkook sudah memegang kolarnya dengan kasar.

"Itu dulu..kalau kau nak tahu,aku memang betul cintakan dia..Kau?kau hanya tahu memainkan perasaan dia.Lelaki jenis apa kau ni?"

Taehyung merentap tangan Jungkook dari kolarnya dengan kasar.Lidahnya menolak pipi kerana geram dengan sindiran Jungkook.

"See?Kau tak tahu nak jawab apa sebab benda tu betul kan?Kau memang tamak Taehyung.Bukan saja tamak malah kau buta.Buta dengan perasaan Aeyoung.Aku tak faham kenapa kau pilih Jina sedangkan kau dah tahu dia macam mana.Dia perempuan yang te–"

Taehyung pula yang menarik kolar baju Jungkook.Matanya tergetar-getar memandang tepat ke arah anak mata Jungkook.

"Kau takda hak dalam hidup aku.Just do your own business.."

Jungkook sekadar tersenyum sinis apabila Taehyung sudah melepaskan kolarnya dan mahu melangkah pergi.

"Satu benda yang aku nak ingatkan..kau jangan menyesal bila tahu sesuatu pasal Jina nanti.Jangan pula lepastu kau cari Aeyoung."

Taehyung tidak mengendahkan Jungkook.Langkahnya terus dibawa laju pergi meninggalkan tempat itu.

Jungkook memandang figura Taehyung yang semakin jauh lalu satu keluhan halus keluar dari mulutnya.

"Kau degil Taehyung..sama macam dulu."

TBC.❤

A/n:Raya nak dekat..kuih Raya beli ke buat?~❣

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now