45

239 28 0
                                    

Hari ke-2

Pulau Jeju

"Baiklah.. Hari ini merupakan hari terakhir kita bercuti di Pulau Jeju. Seperti biasa,memang setiap tahun sekolah akan mengadakan percutian khas bagi pelajar yang sudah tamat peperiksaan besar dan juga bakal meninggalkan sekolah ini tidak lama lagi... "

"..Jadi cikgu harap kamu dapat bersuka ria sepuasnya di sini. Kamu juga diminta untuk berkumpul di hadapan hotel ini sebelum 7 petang. Harap maklum. "

Habis sahaja taklimat ringkas dari cikgu Jongkook,semua pelajar berpusu-pusu ke medan makan berdekatan untuk bersarapan.

"Yoojung.. "Seseorang menegur Yoojung yang sedang menuju ke medan makan seorang diri. Jelas Yoojung agak tidak suka dengan kehadiran lelaki itu.

"Kau nak apa? "Tanya Yoojung acuh tak acuh sambil berpeluk tubuh.

"Aeyoung mana? Dia tak turun makan? "

"Huh.. Baru sekarang kau nak tanya pasal dia? Kau ni memang betul tak berhati perut kan Taehyung? "

Taehyung memandang Yoojung dengan dahi berkerut. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Yoojung.

"Haih.. Pagi ni dia turun awal. Dia bagitahu aku yang dia ada emergency. Jadi dia minta kebenaran dengan cikgu untuk pulang awal ke Seoul."

"Kenapa dia balik Seoul? "Soal Taehyung lagi dengan riak risau.

"Eh? Bukan kau kawan baik dia ke? How supposed  you didn't  know? Dahlah aku nak pergi makan. Ciao. " Lantas Yoojung  berjalan meninggalkan Taehyung yang sedang terasa dengan kata-katanya.

"Jungkook.. Aku patut tanya dia.. "

--------

"Ma.. Aeyoung dah pulang! "Jerit Aeyoung sebaik masuk ke dalam rumah.

"Youngie.. Masuklah. Apa hal yang penting sangat tu? "Soal Puan Jeon mama Aeyoung.

Tuan Jeon yang baru keluar dari dapur terus pergi ke ruang tamu untuk mendapatkan dua beranak itu dengan tergesa-gesa.

"Kenapa Youngie? Buat pa risau jelah. "

"Sebenarnya,Youngie nak pindah Amerika tinggal dengan Aunty Yoa dekat sana sementara tunggu tawaran belajar. Boleh kan? "

"Tapi, tak boleh ke kamu tunggu sampai habis cuti dekat Jeju tu? Kenapa kelam- kabut sangat? "Soal ma sambil memegang kedua tangan Aeyoung dan mendapat anggukan daripada pa.

"Aeyoung nak tenangkan diri.Boleh kan? "

Puan Jeon mengeluh perlahan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran anak perempuan tunggalnya ini. Puan Jeon memandang ke arah Tuan Jeon lalu memberikan anggukan kecil.

"Ceritakan pada kami kalau ada sesuatu yang Aeyoung pendamkan.Soal Aunty Yoa,mama akan beritahu dia nanti. Ma dan pa izinkan. "

Aeyoung tersenyum nipis ke arah mama dan papanya seraya mengangguk kecil.

"Komawo.. "

......

"Yah Jeon Jungkook!"Taehyung memanggil  Jungkook yang sedang termenung di tepi laut.

Jungkook memandang Taehyung sekilas sebelum kembali memandang ke arah laut biru yang terbentang luas di hadapan matanya.

Taehyung segera berjalan mendekati Jungkook lalu berdiri di hadapannya.

"Kenapa dia balik Seoul? "soal Taehyung tanpa berbasa basi.

"Tak tahu.. Mungkin dia ada hal penting? "balas Jungkook selamba. Dia tahu mengapa Aeyoung pulang ke Seoul semula tapi dia dah janji untuk tidak beritahu Taehyung tentangnya.

"Tipu. Kau tahu sebenarnya bukan? Semalam aku nampak dia menangis dalam roda ferris tu. Kau sakitkan dia?!jawab aku!"Taehyung terus mencengkam kolar Jungkook tanpa menunggu lelaki itu menjawab soalannya.

Jungkook memandang ke arah Taehyung sambil tersenyum sinis.

"Sebab aku? Atau sebab kau? Cuba kau fikir kenapa dia selalu cuba mengelak daripada kau lepas kau confess dekat Jina? Kenapa hubungan persahabatan korang sudah semakin renggang? Takkan kau tak sedar tentang semua itu? "

Soalan Jungkook menyentap hatinya. Ya, dia sedar semua itu.Tapi,disebabkan egonya dia tepiskan semua itu.

Perlahan-lahan dia melepaskan kolar Jungkook.

"Aku minta maaf tentang dekat Villa hari tu.. Aku dah tahu Jina-"

"Jadi? Buat apa kau minta maaf dekat aku sepatutnya pada Aeyoung. Disebabkan sikap pentingkan diri kau ini..dalam diam kau selalu lukakan dia..haih.. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kau dah nak masuk alam dewasa.. Jadi kau patut tahu cara nak pulihkan hubungan kau dengan Aeyoung kalau kau masih sayangkan persahabatan korang. "Cantas Jungkook.

Taehyung memandang ke arah laut sambil air matanya mengalir perlahan. Dia mengusap air matanya lalu berlari meninggalkan Jungkook.

Jungkook yang melihat Taehyung semakin jauh sekadar mengeluh perlahan.

"Semoga berjaya. "

TbC.

A/n:Chap yang agak panjang. Selamat membaca.

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now