Aeyoung POV
"Kau nak ke mana?Tetiba tarik tangan aku.." Aku menyoalnya sebaik tiba di stesen bas.
"Kau ikut je.Lagipun waktu cuti musim panas kan aku tak dapat spend time dengan kau." Jawabnya sambil tersenyum.
Aku perasan yang tangan dia masih setia memegang tangan aku.Secara perlahan-lahan aku cuba melepaskan pegangannya.Tapi tidak berjaya..
"Jangan lepaskan.Aku takut kau sesat." Katanya sebelum matanya beralih ke arah bas yang sudah datang.
Hurmm.Dia nak perli aku ke apa?
Sepanjang perjalanan,aku asyik termenung sambil melihat pemandangan bandar yang sentiasa sibuk dan hujan mulai membasahi bandar Seoul ini.Sesekali aku curi-curi tengok Taehyung.Dia sedang mendengar lagu melalui corong radio di dalam bas ini sambil menutup matanya.Mungkin dia sedang menghayati bait-bait lirik She in the rain yang dinyanyikan oleh The Rose.Kena betul lagu ni dengan cuaca sekarang.
"Aeyoung.." Panggil Taehyung dan segera aku menoleh.Keningku dijungkit sedikit.
"Jom..." Katanya dan aku memandangnya pelik.Jangan cakap yang dia..
Dia terus menekan loceng sebaik bas lalu di kawasan padang yang dikelilingi pokok sakura.Lalu,dia menarik aku keluar dari bas menuju ke padang tersebut.
"Yah!!hujan lagi kan sekarang?nanti demam kan susah?" Dia endahkan bebelan aku dan berlari mengelilingiku.
"Alah..lama tak main hujan.Sekali-sekala..jomlah.." Lantas Taehyung menarik aku untuk bermain hujan bersamanya.
Huhu..Rasa best tetiba.Aku mula bermain hujan dengan riang macam kanak-kanak ribena.Taehyung terus berhenti bermain dan memerhati aku.Aku tak peduli yang penting aku dah lama tak main hujan dan lama tak rasa sebahagia ini.
Taehyung POV
Tetiba pula menggila si ketot ni.Tadi bukan main lagi membebel.Haih..nasib je comel.Tengok dia main macam tu buat aku teringat kat lagu tadi.
I'm dying inside..I wanna think that its a lie why why..
She in the rain I look to the beautiful you..
"Kim Taehyung kau termenung apa?!"
Aku tersedar bila Aeyoung menjerit nama aku dengan kuat.Haih..spoil betul la si Aeyoung ni.
"Ermm..Tae?jomlah balik.Lagipun hujan dah berhenti..Kau tak lapar ke?" Soalnya."Tak lapar pun..Tengok kau pun dah kenyang.hahaha.." Tetiba rasa nak tergelak dengan jawapan aku sendiri.Si Aeyoung pula buat blur dia tu.
"Apa yang lawak?Serious aku tak faham lawak kau sekarang ni.Jomlah balik.Pelik betul..dahlah tadi tetiba tarik tangan aku pastu ponteng kelas seni pula pastu turun kat sini semata-mata nak main hujan pastu..huh" Kata Aeyoung dan terus melangkah pergi sambil bebelan kecil dan halus keluar dari mulutnya.
"Hei..Aeyoung.Nak membebel pun agak-agaklah.Kau nak balik naik apa?stesen bas belah sana." Kataku seraya menunjuk ke arah stesen bas dan dia mungkin baru sedar yang dia silap arah sebab matanya terus membulat besar seolah terkejut.Hahaha comel je.
Setiba di kawasan perumahan kami,yelah kami kan childhood friends mestilah rumah dekat-dekat kan?.Tapi kami akan selalu berpisah bila tiba di atas jambatan.Sebab rumah dia dan aku berlainan arah.Macam dia belah utara aku pula di sebelah selatan.Haih..pandai-pandailah korang bayangkan.
"Urm..Bye Tae ..aku balik lu." Katanya seraya berlari menuju ke rumahnya dan sempat dia lambai kat aku.Aku tak cakap apa tapi turut membalas perbuatannya.
________________________________________
Aku dah lama tak rasa sebahagia ini.Can we still being like this?-Aeyoung
________________________________________
Yeah..maaflah..depan-depan ni belum ada apa-apa lagi.Tunggu nanti,konflik akan banyak muncul.Okay?stay tuned!❤
YOU ARE READING
[C] Heroin Yang Tersingkir || KTH
Fanfic+ Permulaan bagi sebuah kisah bahagia tidak selalunya indah. Cover by @bamkeyyy Start;9 November 2018 End;21 Disember 2019 Status:COMPLETED