Flashback 10 years ago~"Hei Tae..kau tak malu ke haa..mak kau lari ikut lelaki lain?"Kata salah seorang budak lelaki.Kelas sudah sunyi kerana ramai yang sudah pulang ke rumah hanya beberapa orang saja yang tinggal dan semuanya sibuk membuli Taehyung.
Taehyung hanya mampu menangis sambil menunduk ke lantai.Dia tak mampu nak nafikan kata-kata rakan sekelasnya itu.Hati dia cukup sakit mengenangkan sikap ibu dia yang sanggup meninggalkannya demi lelaki lain yang bukan ayahnya.Dia cuma ayah tiri.Ayah kandungnya pula sudah lama meninggal dunia dan sekarang dia terpaksa tinggal bersama neneknya.
" Dasar perempuan murah.Padan dengan muka kau sebab dapat mak macam tu.."Kata seorang lagi rakan sekelasnya.Mereka semua mentertawakan Taehyung.Taehyung ketap bibir kuat sehingga dia tidak sedar bibirnya sudah berdarah.
"Hei kamu semua..Keluar sekarang
sebelum aku sumbat korang dalam lubang jamban yang makcik cleaner tak pernah basuh.Jangan ingat aku takut." Aeyoung menegur semua rakan sekelasnya yang mengejek Taehyung. Mereka semua berlari keluar kerana takut dengan ugutan Aeyoung."Tae..awak janganlah nangis lagi.Youngie kan ada.Youngie akan sentiasa di sisi Tae." Aeyoung berpeluk tubuh dan tersenyum bangga menunjukkan yang dia bangga dengan dirinya seolah telah menjadi penyelamat Taehyung.
Taehyung tidak berkata apa.Dia cuma merenung kosong ke arah Aeyoung.Aeyoung yang sedar ada darah di bibir Taehyung segera mengeluarkan sapu tangan miliknya dan mengelap bibir Taehyung.
YOU ARE READING
[C] Heroin Yang Tersingkir || KTH
Fanfictie+ Permulaan bagi sebuah kisah bahagia tidak selalunya indah. Cover by @bamkeyyy Start;9 November 2018 End;21 Disember 2019 Status:COMPLETED