40❤

235 28 0
                                    

Di waktu petang ditemani bunyi burung berkicauan,Aeyoung mengambil keputusan untuk bersiar-siar di taman seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Sesekali dia memandang kearah langit yang semakin gelap.Nak hujan pula ke?

"Langit pun tahu perasaan aku sekarang ni.."Monolog Aeyoung sendirian.Sesekali bibirnya menyanyi kecil mengikuti bait-bait lagu yang didengarinya melalui earphone yang dipakainya.

Tonight I want to be the part of you,
But I know that will never ever happen,
Because you~
Doesn't Love me anymore,

Just a little hope that you give me,
Make me feel empty inside of me,
You doesn't love me..yeah~

Nyanyian Aeyoung terhenti apabila hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba.Tanpa berfikir panjang,dia terus berlari ke arah stesyen bas berdekatan.

"Hujan la pula..macam mana nak balik ni?"Aeyoung memandang sekeliling dan dia tersedar hanya dia dan seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya yang berada di situ.

'Macam kenal..'Getus hati Aeyoung melihat cara pemakaiannya mirip seseorang.Tapi,wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan hoodie.

Hampir setengah jam, Aeyoung duduk di situ memandangkan hujan masih belum beri tanda-tanda nak berhenti.Perutnya pula sudah berbunyi dari tadi.Lapar.

"Eomma! Aeyoung lapar!"Aeyoung terjerit kecil menyebabkan lelaki itu perlahan-lahan mendekatinya.

"Eh..maaf.Saya kuat sangat ke?maaf ganggu.."

"Hei Aeyoung.."Tegur lelaki itu sebelum mengambil tempat di sebelahnya.

"Eh? Taehyung..kau.."

"Tadi aku baru lepas bawa eomma aku jalan-jalan dekat taman tadi lepastu aku hantar dia balik rumah dia."

Jawapan Taehyung hanya mendapat anggukan kecil dari Aeyoung.Suasana berubah menjadi senyap diantara mereka sebelum perut Aeyoung berbunyi kuat.

"Hahaha..kau lapar sangat ke?"Soalan Taehyung menyebabkan Aeyoung mencebik.Dah sahlah dia lapar kalau tidak kenapa perut dia nak berbunyi?

"Jom.."Taehyung tiba-tiba berdiri lalu memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.Dahi Aeyoung berkerut tanda dia tidak faham.

Selang beberapa saat, Taehyung menjentik dahi Aeyoung perlahan.

"Aduh!sakit tahu tak!kau ni kenapa?"Taehyung sekadar tersenyum sebelum menarik lengan Aeyoung dan berlari keluar dari stesen bas sambil meredah hujan lalu Taehyung menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.

"Pakcik..bawa kami ke kedai tteokboki Pakcik Han."

.
.
.
.
.

"Makan puas-puas sampai kau kenyang Tak boleh bangun..okey?"Pesan Taehyung sebelum menyisip air cola di tangannya.

Aeyoung mengangguk sambil makanan penuh di mulut.Bibirnya tersenyum riang apabila semua makanan kegemarannya terhidang di depan mata.

Apabila selesai makan, Aeyoung mengambil tisu dan mengelap mulutnya sebelum dia tersedar sesuatu.

"Taehyung..bukan kau tengah jaga Jina ke sekarang?"Soal Aeyoung curious.

Terdengar keluhan halus keluar dari mulut Taehyung sebelum dia menayangkan senyuman tipis buat Aeyoung.

"Ya..tapi pagi tadi je.."

"Bukan Jina tenat sekarang?kanser dia tahap empat kan?"Soalan dari Aeyoung membuatkan dahi Taehyung berkerut.

"Apa kau merepek ni?tahap empat?"Soalan dibalas soalan.

"Dia cuma ada ketumbuhan dalam perut dia tapi takdelah teruk sangat.Doktor kata bulan depan dia akan jalani pembedahan."

Jawapan Taehyung merubah riak wajah Aeyoung.Haritu menangis teresak-esak macam nak mati tu?rupanya palsu semata-mata.

Aeyoung tidak menjawab.Tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan.Tapi,bila lihat semula, Taehyung memang prihatin dengan Jina.Bertuah gadis itu kan?

'Aeyoung kau kena lupakan Taehyung dan cuba bagi Jungkook peluang.Taehyung tak akan boleh bahagiakan kau.Sampai bila-bila pun..dia pasti akan anggap kau sekadar kawan.'

"Kau nanti..pergi trip ke Pulau Jeju tu tak?"Tanya Taehyung sambil bermain dengan gelas minumannya.

Aeyoung mengangguk laju.

"Mestilah aku pergi sebab kita kan dah pernah janji nak pergi Pulau Jeju sama-sama lepas habis exam?Betul tak Tae–Tak..maksud aku mestilah ya sebab aku dah janji dengan Yoo.."

Aeyoung mencubit pehanya perlahan.Macam manalah dia boleh terbuka balik kisah silam mereka?janji mereka sewaktu menengah rendah.

"Ya memang Kita dah janji..jangan risau..aku tak akan mungkir janji dah lepasni.."Jawab Taehyung tenang seolah tiada apa pernah berlaku diantara mereka sebelum ini.

Tbc.❤

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now