42❤

215 31 2
                                    

Kini,tiba giliran Jungkook dan Aeyoung untuk masuk ke dalam perut gerabak roda ferris itu.

Mereka berdua mengambil tempat duduk secara bertentangan.Kemudian, permainan itu mula berpusing dan membuatkan Aeyoung sedikit gayat.

Gadis itu mengenggam jemarinya erat untuk hilangkan rasa gayat tetapi ada sepasang lagi tangan yang turut mengenggam tangannya dan gadis itu memandang ke arah pemilik tangan itu.

"Jangan risau.."Dua patah perkataan dari mulut Jungkook serba sedikit membantu untuk menenangkan hatinya.

Selang beberapa minit,mereka telah berada di puncak dan roda ferris itu tiba-tiba berhenti dari beroperasi.Aeyoung mula gelabah apabila pekerja di situ mula membuat pengunguman.

"Bawa bertenang kepada semua penumpang..roda ferris ini mengalami sedikit masalah teknikal.. Tetapi tuan dan puan jangan risau kerana ini hanya masalah biasa.Sila tunggu untuk 10 minit sementara kami baikinya."

Aeyoung mula tidak senang duduk.Pemandangan dari atas yang indah langsung tidak dapat membantunya untuk bertenang.Dia terlalu gayat sekarang ini sehingga badannya sedikit menggeletar.

Jungkook yang perasan akan itu,terus mengambil tempat di sebelah Aeyoung dan memeluk bahu gadis itu untuk cuba menenangkannya.

"Don't worry..kalau kau gayat sangat..tutup mata."

Aeyoung mengangguk lalu menutup matanya dari melihat pemandangan dari atas gerabak itu.

"Kau tahu tak..eomma aku pernah cakap,kalau pasangan kekasih tu kiss bila dekat atas puncak ni kan..maka diorang akan bersama buat selamanya..macam menarik tapi aku tak pernah cuba."

Kata-kata Jungkook membuatkan Aeyoung rasa malu.Kenapa kau buka soal ni Jungkook?

"ermm.. Aeyoung..nak cuba tak?"

Tanpa menunggu waktu yang lama, Aeyoung terus mendaratkan cubitan ketamnya pada lengan Jungkook sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Jangan percaya sangat boleh tak?eii.."Selepas itu, Aeyoung kembali menutup matanya.

Jungkook di sebelah hanya tergelak kecil tapi gelakannya bertukar kepada keluhan halus yang tidak dapat didengari Aeyoung.

"Maaf sebab buat kau rasa tak selesa.Aku tahu yang aku–takda apalah.."Jungkook matikan kata-katanya bila dia sedar dia seperti mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Dia tahu Aeyoung masih simpan perasaan terhadap Taehyung.Bercinta dengan dirinya bukanlah satu pilihan bagi gadis itu tetapi Aeyoung terusan cuba untuk menerima dirinya walaupun jauh di sudut hati,gadis itu tidak mampu.

"Aeyoung.. Kau sepatutnya tulus dengan perasaan kau. Jangan tahan kalau tak mampu. Aku tak suka tengok kau sedih tahu. "

Aeyoung hanya setia mendengar. Dia takut akan lukakan perasaan Jungkook jika dia berkata benar tentang perasaannya.

"Aku tahu cheos sarang memang susah untuk dilupakan.Aku faham perasaan kau sebab aku pun pernah mengalaminya. "Sambung Jungkook lagi. Dia memandang ke arah Aeyoung sambil tersenyum nipis.

Kedua belah tangan Aeyoung digapai. Gadis itu juga perlahan-lahan membuka mata melihat perilaku Jungkook yang pelik.

"Tolong... luahkannya.. "

Serentak dengan itu, roda ferris kembali beroperasi seperti biasa.

Aeyoung  memandang Jungkook dengan mata yang bertakung.

Patutkah dia luahkan perasaannya terhadap orang yang tidak menghargai dirinya?

Sanggupkah dia?

Melihat ketulusan hati Jungkook,sedikit sebanyak membuatkan Aeyoung berasa bersalah dan juga simpati.

"Tolong mulakan semula?hmm? "Pinta Jungkook sambil tersenyum.

TBC-

Hallo guys... Lama tak jumpa. Bersawang dah cerita ni.. How was your exam?

Tunggu erk citer ni nak habis dah
...tengah otw..

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now