"Please hold my hands as before"
_____________
Sejak kejadian itu,mereka langsung tidak bertegur sapa.Aeyoung juga telah bertukar tempat dengan Hoshi yang kedudukannya berada di depan papan putih.
Dia tidak kisah,asalkan Taehyung tidak lagi kelihatan di depan matanya.
Bila terserempak di kantin pun,Aeyoung terus berlari mengelak dari bertembung dengan Taehyung.
Sekarang,Taehyung rasa hidup dia seolah kosong.Jika tidak sebelum ini,Aeyoung selalu mengajaknya keluar rehat bersama walaupun banyak kali ditolak.Tetapi gadis itu tidak berputus asa.
Dia sedar sejak kehadiran Jina,persahabatan mereka tidak lagi seperti dulu yang sering bergelak tawa,bergurau tak ingat dunia dan macam-macam lagilah kenangan manis.
Walaupun Taehyung sedar perkara itu,dia masih lagi berdegil untuk menafikan perasaannya terhadap Aeyoung.Manakala Aeyoung terasa hendak move on dari Taehyung.
Sehingga sekarang, kata-kata Taehyung masih lagi melekat di mindanya seperti kaset yang rosak.
______
"Yoww wassup..Aeeee.."
"Diamlah Jungkook.. Sebelum aku baling kau ke bulan tak balik² baru tahu.." Ugut Aeyoung kepadanya yang baru datang dari arah mana entah.
"Elee~cer kau love me to the moon and back~" bahagia hidup kau..tahu?"usik Jungkook tetapi terselit mesej tersirat.
"Hidup aku tak aman kalau kau masih tak berhenti bercakap."
Jungkook mengeluh halus seraya melabuhkan punggung di sebelah Aeyoung.
"Ae..aku tengok sejak dua minggu ni..kau selalu duduk dekat rooftop bila waktu rehat.Lepastu,Yoo kata kau tak keluar rehat pastu tak makan.." Jungkook memandang ke arah Aeyoung dengan pandangan redup.
Dia lihat gadis itu semakin kurus.Muka pucat.Aeyoung dah tak seperti dulu.Sikapnya berubah dari seorang periang kepada pendiam.
"Aku cuma nak pesan..jangan disebabkan cinta kau tak berbalas,takkan kau nak frust sampai macam ni.huh?Biarkan Taehyung bahagia.Bukankah itu lebih baik?"nasihat Jungkook seraya memegang tangan Aeyoung.
Aeyoung mahu melepaskan tangannya dari tangan Jungkook tetapi pegangan tangan Jungkook menjadi lebih erat.
" Kau takkan faham Kook.Aku memang suka tengok dia bahagia.Tapi,ada satu perkara yang dah lama aku pendam dari dia.Tapi,aku taknak dia tahu.Even Yoojung pun tak tahu.."
"Apa maksud kau?" Jungkook mula memberi perhatian sepenuhnya dan memandang dalam anak mata Aeyoung.
"Aku..aku sakit."
_______
Taehyung berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah selepas tamat perjumpaan kelab.Dia perasan yang Aeyoung sudah lama tidak menyertai aktiviti kelab bersama sejak perselisihan faham mereka.
"Haih..kau masih marahkan aku ke?" Monolog Taehyung sendirian.
"Tae..aku nak bercakap sekejap dengan kau." Figura Jungkook berhenti betul-betul dihadapan Taehyung.
"Tch-aku takda masa.." Balas Taehyung seraya mahu melangkah pergi.
"Ini soal Aeyoung.." Kata Jungkook lagi dalam nada tegas.
"Aeyoung? Kenapa dengan dia?kau nak minta izin aku untuk rebut hati dia ke?atau kau nak pergunakan dia lagi?" Soal Taehyung sinis.
Jungkook menjerit geram dalam hati.Penumbuk dikepal dengan kuat.
"Nasib tahap kesabaran aku masih tebal.Aku cuma nak kau tahu..aku dengan Aeyoung tidak pernah ada hubungan lebih dari seorang kawan.Dia sebenarnya cintakan kau.Takkan kau masih tak sedar lagi?" Kata Jungkook sambil menikam pandangan anak mata Taehyung.
"Jadi?kalau dia cintakan aku pun..kenapa?apa aku kena buat?kau tahu aku ada Jina kan..aku cuma setia pada yang satu.." Balas Taehyung. Sebenarnya hatinya sudah meloncat gembira tetapi semua itu telah terpadam gara-gara egonya.
"Tolong rendahkan ego kau.Aku tahu kau cintakan dia juga.Jadi,aku nak kau teman dia sebelum dia pergi buat selamanya dari hidup kau.Aku nak minta tolong kau.Tolong bahagiakan Aeyoung. Jangan sampai kau menyesal nanti." Seusai kata,Jungkook menepuk bahu Taehyung dan melangkah pergi.
"Bahagiakan Aeyoung?menyesal?apa maksud dia?"
TBC.❤
A/n:mungkin cerita ni sampai chap ke 30?mungkin..banyak benda lagi belum settle.😌
YOU ARE READING
[C] Heroin Yang Tersingkir || KTH
Fanfiction+ Permulaan bagi sebuah kisah bahagia tidak selalunya indah. Cover by @bamkeyyy Start;9 November 2018 End;21 Disember 2019 Status:COMPLETED