Keesokannya_
5.00 p.m.
Aeyoung menangis teresak-esak di bahu Yoojung.Pada mulanya bila Yoojung tanya, Aeyoung tak mahu menjawab tapi bila didesak banyak kali, akhirnya Aeyoung cerita juga sambil tersedu-sedan menangis.
"Hei Young.. sudahlah nangis untuk si Taehyung tu.Kau kata nak move on.Jadi,kau tak boleh lembik macam ni.."Pujuk Yoojung sambil menepuk-nepuk belakang badan kawannya.
"K-kau tak faham Yoo..dari awal cerita ni aku asyik menderita je..yang Jina tu pula asyik bahagia dengan Taehyung.Aku ni watak antagonis dalam cerita ni ke?"Soal Aeyoung sebelum menyedut hingusnya.
"Eii..ambiklah tisu.Ada ke sedut je camtu.Pengotor.Patutlah Taehyung taknak.."kata Yoojung seraya tergelak dan mendapat jelingan dari Aeyoung.
"Aku ingat datang rumah kau ni ..kau nak pujuk aku ke apa..perli aku lagi adalah..dahlah aku nak balik.."Baru saja Aeyoung nak bangun Yoojung terus memeluk erat kawannya maka tak menjadi Aeyoung nak berdiri tadi.
"Okey..sorry.. tapi kau tak boleh asyik sedih-sedih macam ni..lagi dua minggu saja..kita nak exam akhir tahun..kau sendiri cakap yang kau nak sangat masuk Universiti Seoul kan?jadi lupakan dulu semua hal yang tak mendatangkan faedah ni.Fokus okey?"Panjang lebar Yoojung menasihati Aeyoung.
Aeyoung tersenyum sambil mengangguk.Memang impiannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan sambung belajar ke Universiti Seoul.
Memang waktu yang sesuai untuk dia lupakan semua ini buat sementara waktu atau buat selamanya.Lagi bagus kan?
.
.
.
.
.Villa D'Jeon
"Ahjumma Lee.."Tegur seseorang membuatkan wanita paruh baya itu berhenti dari aktiviti pencucian pinggan dan berpusing menghadap empunya suara.
"Ya ..ada apa Taehyun?kamu nak ahjumma buat kek batik lagi ke?"Soal ahjumma Lee kepada Taehyun yang merupakan salah seorang pekerja part-time di kafeteria Villa D'Jeon .
"Eh bukan..ada hal lagi penting dari kek batik tu..jom ahjumma.."Taehyun terus menarik lengan ahjumma Lee menuju ke sebuah taman yang terdapat di tepi villa tersebut.
"Tu..orang yang sama nama,sama kacak macam Taehyun tengah tunggu dekat bangku tu.."Sebaik sahaja Taehyun berkata dia terus pergi meninggalkan ahjumma Lee dengan penuh persoalan.
Ahjumma Lee terus ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Taehyun tadi.Semakin dekat,semakin hatinya terasa sedih dan gembira.Ya,anak lelakinya yang pernah dia tinggalkan dahulu kerana satu masalah yang tidak dapat dielakkan sekali lagi telah berada di hadapannya.
"T-Taehyung?"Ahjumma Lee menepuk bahu anak lelakinya untuk menyedarkannya yang sedang termenung.
"eomma.. Taehyung minta maaf.."Taehyung terus menyalam tangan ibunya sambil melutut.Ahjumma Lee terus mengangkat Taehyung untuk berdiri.
"Tak Taehyung..eomma yang patut minta maaf..eomma banyak salah dengan kamu..maafkan eomma ya..sayang.."ahjumma Lee terus memeluk anak lelakinya dengan erat.Akhirnya kerinduan yang sudah lama dipendam terlunas jua.
Tbc.❤
YOU ARE READING
[C] Heroin Yang Tersingkir || KTH
Fanfiction+ Permulaan bagi sebuah kisah bahagia tidak selalunya indah. Cover by @bamkeyyy Start;9 November 2018 End;21 Disember 2019 Status:COMPLETED