28❤

213 27 0
                                    


"Tae!"Aeyoung berlari kearah Taehyung yang sedang ralit memandang sekeliling.

"Aeyoung?kau okey tak ni?ada sakit kat mana-mana?hurm?bagitahu aku.."Tanya Taehyung prihatin sambil memegang pipi Aeyoung.

"Aku..erm..sebenarnya..Jom pergi jumpa doktor jap.."

Aeyoung tidak menjawab pertanyaan soalan Taehyung sebaliknya dia terus menarik lelaki itu ke arah bilik dimana Ahjumma Lee atau lebih dikenali sebagai ahjumma Kim berada.

Taehyung hanya mengikuti langkah Aeyoung.Tetapi,apabila mereka berdua semakin mendekati bilik tersebut, Taehyung terasa hatinya berdebar.

"Ahjumma.."

Dahi Taehyung berkerut.Ahjumma?Takkan si Aeyoung ni panggil doktor tu sebagai ahjumma?

"Aeyoung..Ta-Taehyung?"

Dengar sahaja suara itu, Taehyung segera berpaling ke arah tuan empunya suara.Suara itu..

"Eomma?"Sebaik perkataan itu meluncur keluar dari mulut Taehyung,ahjumma Kim segera ke arahnya dan memeluknya erat.

Taehyung terdiam.Langsung tidak membalas pelukan si ibu.Hatinya meronta-ronta mahu memeluk kembali ibunya tetapi ego menguasai dirinya.

Perlahan-lahan Taehyung menolak ahjumma Kim dari terus memeluknya.

Aeyoung mula berasa tidak sedap hati dengan sikap Taehyung.Adakah marah si Taehyung masih belum reda terhadap peristiwa yang sudah 10 tahun berlalu?

"Taehyung..kamu masih ingat ibu?"Ahjumma Kim memegang kedua pipi Taehyung sambil air mata mengalir deras di pipi wanita tua itu.

Taehyung sekadar mendiamkan diri dan tangan ahjumma Kim turut ditepis lembut.Lalu,dia terus keluar dari bilik rawatan persendirian itu.

Aeyoung mula cemas.Mahu mengejar langkah Taehyung,dia risau untuk tinggalkan ahjumma Kim seorang diri.Gadis itu mengeluh kasar.

"Maafkan saya ahjumma.."Aeyoung mengenggam tangan ahjumma Kim dengan tangan sebelah lagi naik mengusap bahu wanita tua itu untuk meredakan tangisannya.

"Tak perlu minta maaf Aeyoung..kamu tak salah..ahjumma yang salah.."Aeyoung terdiam.Bukan salah sesiapa tetapi ego lelaki itu tinggi sungguh!

Aeyoung hanya mampu berdoa agar Taehyung lembutkan hatinya untuk menerima si ibu kembali.

_______

Aeyoung berjalan perlahan untuk pulang ke rumahnya.Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kot baju sejuk.

Sebaik tiba di atas jambatan,kelihatan lelaki egois itu sedang termenung seorang diri.Aeyoung berjalan mendekatinya secara perlahan-lahan.

"bwar-"Baru sahaja mahu mengejutkan lelaki itu,tiba-tiba sahaja dia bersuara.

"Kenapa Aeyoung?kenapa kau pertemukan aku dengan eomma semula?kau tahu aku ben-"

"Tak!aku tahu kau Tak pernah bencikan eomma kau..tolonglah Taehyung..tolong rendahkan ego kau."Cantas Aeyoung dengan laju.

"Ego?kau ingat mudah nak maafkan orang yang kita sayang yang dah khianati kita?"Tanya Taehyung lalu berpaling menghadap Aeyoung.Nada suaranya bergetar.Barangkali menahan diri dari menangis.

"Jadi..kenapa aku boleh maafkan kau? sedangkan kau pun pernah khianati aku..dan yang lebih penting lagi kau pernah khianati janji kita?"Soal Aeyoung semula.

Taehyung sentap.Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Aku tahu apa yang eomma kau buat tu salah..tapi benda tu dah lama berlaku kan?kau pun dah besar panjang dan tahun ni pula last year kita sekolah..tolong terima eomma kau semula.Dia dah tua Taehyung.Bila-bila masa saja ajal dia akan datang menjemput.Kau taknak maafkan dia lagi ke?"

"Aku akan maafkan dia tapi jangan bawa dia jumpa aku sehingga aku betul-betul bersedia nak terima dia."Seusai kata Taehyung terus berlalu pergi meninggalkan Aeyoung.

Aeyoung menarik nafas dan menghembus perlahan.Mahu sahaja dia ketuk kepala Taehyung itu.Asyik tahu nak tinggikan ego dia.

Tbc❤

A/n:Maaf lama tak update.Ada lagi ke yang baca cerita ni?Huhu..

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now