Sepanjang dua minggu, Aeyoung banyak menghabiskan masa di perpustakaan seorang diri.Kadang kala, Yoojung ada menemaninya.Tetapi, hari ini dia berseorangan saja.
Aeyoung meletupkan jari-jari yang sudah penat menulis.Dia memandang sekeliling melihat keadaan perpustakaan yang sunyi.Jam tangan ditilik.Patutlah sunyi,sebab hari dah hampir senja.
Sesekali Aeyoung mengeluh,dia memandang kerusi disebelahnya.Dulu, Taehyung selalu menemaninya belajar bersama.Meja itu hanya mereka berdua yang selalu gunakan.Sebab tempat itu agak tersorok.
"Aeyoung..tengok ni.Dalam buku ni ada gambar orang utan la.."
"So?"
"Muka dia sebijik macam kau.."
"The heck?nanti ada juga aku sumbat dalam longkang."
Aeyoung terkenang dengan sikap hambar Taehyung seraya tergelak kecil.Sejujurnya dia rindu.
"Hahaha..pandailah awak buat lawak.."
Gadis itu mencari punca suara itu.Hatinya diserbu rasa sedih.Dia ternampak Taehyung dan Jina yang berjalan masuk ke perpustakaan sambil berpegangan tangan.
Taehyung dapat menangkap Aeyoung yang sedang memerhatinya manakala gadis itu pula cepat mengalihkan pandangan matanya dengan kabut.
"Awak pergi cari buku kat situ dulu okey.. Saya nak cari buku sebelah sana."Kata Taehyung seraya melepaskan pegangan tangannya dari tangan Jina.
"Tapi,jomlah cari sama-sama.."Jawab Jina lalu memeluk lengan Taehyung.
Aeyoung sekadar memandang buku tetapi telinganya ralit mendengar perbualan dua burung cintan itu.
"Sekejap saja..cepat jumpa buku cepat kita boleh balik..okey?"
Selepas itu,Jina hanya menurut sahaja.Taehyung pula mengorak langkah kearah Aeyoung perlahan.
Aeyoung perasan yang Taehyung sedang berjalan kearahnya.Tapi,dia tidak mengendahkannya.
"Hey..lama tak jumpa kan?"
Kekok.Itulah yang dapat dirasai oleh Aeyoung.Benar mereka tidak berjumpa sejak kejadian itu.Aeyoung meletakkan bukunya ke bawah sambil memandang Taehyung dengan senyuman palsu.
"Y-yeah..Minggu depan exam besar kita kan?"
Taehyung sekadar mengangguk.Dia mengambil tempat di sebelah Aeyoung.Tempatnya dahulu.
"Lama juga kita tak lepak sini..nanti kita habis sekolah..dah takda peluang..kan?"
Aeyoung sekadar mendiamkan diri.Kawan baik tapi rasa macam makin lama macam stranger.Dan gadis itu bencikannya.
"Hey.. kenapa senyap je?kau masih marahkan aku?"Soal Taehyung lalu mendekatkan wajahnya dengan Aeyoung.Gadis itu dapat menangkap bunyi nafas Taehyung lalu segera dia menjauhkan diri.
"Aku cuma.. entahlah..aku tak tahu nak cakap apa..ermm..kau dah jumpa eomma kau?"Aeyoung menepuk dahinya.Bukan itu sebenarnya soalan dia.
"Huh?ahh..ya..minggu lepas.Sekarang aku busy..jadi dia faham aku tak datang melawat dia lagi.Lagipun, haelmoni masih belum boleh terima dia."Jawab Taehyung perlahan.
"Ouh..suatu hari nanti mungkin haelmoni akan terima dia semula."
"Aku harap kau tak lupakan aku Aeyoung..kalau kau dah berjaya nanti."
Taehyung mula bangun dari duduknya.Aeyoung sekadar mengangguk sambil tersenyum.
Baru beberapa langkah, Taehyung menoleh semula.
"Aeyoung...aku sayangkan kau.."
Aeyoung terkedu.Jantungnya berdetak sakan.Tidak Aeyoung,pasti dia cuba bagi harapan palsu sekali lagi.
"Sebab kau..kawan terbaik aku yang pernah aku ada.."
Ya, Aeyoung dah agak.
.
TBC❤
A/n:Maaf chap yang pendek 😭
YOU ARE READING
[C] Heroin Yang Tersingkir || KTH
Fiksi Penggemar+ Permulaan bagi sebuah kisah bahagia tidak selalunya indah. Cover by @bamkeyyy Start;9 November 2018 End;21 Disember 2019 Status:COMPLETED