44

228 32 0
                                    

"Jina eonnie.. Baliklah ke Gwangju semula. Mama dan papa rindu sangat dah dekat eonnie. Tolong balik.Penat Jiyun cari eonnie. Eomma sakit sebab terlalu rindukan eonnie. "Jiyun mengenggam tangan Jina dengan penuh pengharapan. Tangan Jiyun ditepis kasar.

"Nanti eonnie fikirkan. Fail sakit eonnie yang palsu tu dah minta papa signkan? "Soal Jina mendatar tanpa memandang Jiyun.

"Waktu macam ini pun, benda itu lebih penting ke? Tentang fail itu, papa tak mahu tandatangan. Benda itu menyalahi undang-undang dan papa mungkin boleh dipenjarakan."Kata Jiyun dengan geram. Dia tidak tahan betul dengan sikap Jina yang sering mementingkan diri sejak mereka kecil.

Air ditangan Taehyung terus terjatuh ke tanah selepas mendengar kebenaran yang menyakitkan.

Dia melangkah ke arah tempat di mana Jina dan Jiyun sedang berbicara. Tanpa amaran, dia terus sahaja menampar Jina.

Dia rasa tertipu,

Dia rasa terhina,

"T-Taehyung? Sampai hati awak tampar saya?"Soal Jina dengan air mata yang sudah membasahi pipinya.

"Awak lagi kejam. Sanggup awak lakukan semua ini kerana kepentingan diri?Apa masalah awak sebenarnya ha?! "Soalan dibalas soalan.

Jiyun disitu hanya mampu mendiamkan diri.Dia berasa gerun apabila melihat Taehyung yang sedang naik angin.

Jina juga terus mendiamkan diri. Dia tahu dia salah tapi disebabkan egonya yang tinggi dia tetap tidak mahu mengalah.

"Saya cuma sukakan awak. Salah ke? Walaupun sebenarnya saya tahu yang awak cuma suka saya atas dasar simpati, saya tetap bersyukur. "

"Tapi, perlu ke awak tipu tentang semua benda semata-mata nak raih perhatian saya? Tentang sakit awak dan keluarga awak? Kenapa awak tipu tentang ni? "

Jina menunduk sambil mengenggam penumbuk kosong. Dia tidak dapat putar belitkan semuanya lagi. Taehyung dah tahu dan pasti akan membencinya.

"Disebabkan penipuan awak ni, saya kehilangan sebutir bintang yang paling berharga dalam hidup saya. Cukup dengan semua drama ini.Jangan jumpa saya lagi."

Taehyung terus berjalan membelakangi Jina. Tetapi, langkahnya terhenti apabila Jina menahannya.

"Tolong jangan tinggalkan saya.. Saya betul cintakan awak. Takkan awak tak nampak semua itu lagi setelah apa yang saya dah korbankan demi awak?Jebal..jangan tinggalkan saya. "

Tangan Jina ditepis perlahan.

"Cinta? Itu semua sebenarnya tidak pernah wujud dalam kamus hidup awak.Apa yang awak lakukan hanyalah demi kepentingan awak semata. Ego. "

Taehyung diam sejenak sebelum kembali bersuara.

"Cintakan diri dan keluarga awak dulu. Itu  yang paling utama. Bahagiakan mereka.Sepatutnya awak bersyukur kerana masih ada keluarga yang lengkap dan bahagia. Saya? Tolong dengar cakap adik awak dan pulang semula ke Gwangju. "

Terdengar suara Jina mula tersedu sedan kerana menangis. Tetapi, terus sahaja Taehyung melangkah laju meninggalkan Jina.

"Taehyung.. Mianhe.. "

TbC.

A/N:Cuti ni korang buat ape? Ke mereput macam Jun juga? Huhu.


[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now