2 | Tugasan Kumpulan

3 0 0
                                    

A304, Blok A

Ara menutup lokernya lantas dikunci. Di tangannya hanyalah beg kecil berisi dompet dan telefon bimbit. Dia berjalan ke arah satu-satunya kafe di Fakulti Sains dan Kejuruteraan. Kelihatan ramai pelajar sedang beratur untuk membeli makanan, menyebabkan dia menjadi keliru hendak makan apa.

Bukan apa, dia perlu segera makan. Dia tidak kisah sama ada makanan tersebut sedap atau tidak. Dia dapat mengalas perut yang kosong saja sudah cukup bersyukur.

Sebentar lagi waktu Zohor akan masuk dan dia ada kelas selepas itu. Jadi dia akan berada di fakulti sehingga jam lapan malam.

Terdapat tugasan kumpulan dan tutorial yang perlu disiapkannya. Oleh sebab itu, dia akan berada di situ sehingga malam. Dia pernah saja tidur di situ. Mujurlah tiada apa yang berlaku, termasuk berjumpa mana-mana entiti.

Baiklah, entiti lagi.

Pernah juga dia terfikir.

Bagaimana sekiranya dia terjumpa entiti ketika dia bersendirian? Apa yang patut dia buat? Dengan siapa dia patut meminta tolong? Adakah dia perlu mati seperti mangsa-mangsa yang lain?

Ah, persetanlah entiti itu! Entah mengapa dia juga turut termakan dengan kata-kata orang tuanya pagi tadi.

Orang awam hanya mengarut akan sesuatu yang mereka tidak pernah lihat. Untuk apa dia belajar tinggi-tinggi jika dia mahu mengikut cara pemikiran masyarakat yang sempit?

"Ara, petang ni jadi tak? Ataupun kita buat saja di rumah kau?"

Ara tersentak apabila namanya diseru. Dia terus melabuhkan duduk di sebelah Hasif, seorang daripada ahli kumpulan merangkap rakan sekelas.

"Jadi. Aku tak nak buat kat rumah kalau boleh. Nanti aku jadi malas. Lagipun adik-adik aku juga ada di rumah tu. Takkanlah korang nak tidur di rumah aku pula?" jawab Ara.

"Apa salahnya? Boleh kenal dengan bakal mertua sekali."

"Banyaklah punya mertua kau. Awek kau nak campak ke mana?" Ara mencebik.

Mereka di situ hanya ketawa mendengar Ara dan Hasif berbalas kata.

"Campak ke hati akulah. Kan ada tiga ruang lagi?" Hasif menyakat Ara lagi.

"Tak guna punya manusia."

"Dah, dah. Sampai bila-bila pun tak selesai kalau macam ni. Hasif, mohon jumpa parents si Ara ni kalau betul-betul berminat." Seorang lagi rakan, Lisya mula menyampuk. Dia mahu meredakan keadaan apabila melihat ramai mata sudah mencerlung ke arah mereka.

Perlakuan mereka sudah menggugat keamanan sekitar kafe tersebut kerana terlalu bising. Ada juga yang tidak ketinggalan mengumpat dek tidak puas hati.

"Okey, boleh je. Cuma tuan punya badanlah, aku tak tahu apa respons dia. Menjerit pun tak, berteriak jauh sekali," jawab Hasif sambil memandang Ara yg hanya buat tidak tahu.

"Hurmmm..." Lisya hanya menggelengkan kepala.

Ara hanya diam mendengar kata-kata Hasif.
Adakah rakannya yang seorang ini benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya?

Dahulu, dia yang mula sukakan lelaki itu ketika menjejakkan kaki ke dalam kelas pertamanya. Entah bagaimana lelaki ini dapat tahu tentang perasaannya sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa tentangnya. Mungkin juga secara kebetulan perasaan mereka sama.

Tapi, entahlah. Mungkin lelaki itu hanya bermain-main.

Okey, lebih baik dia lupakan perkara itu. Banyak lagi benda lain yang patut dia fikirkan.

"Korang, minggu ni kami takda latihan. Cuti seminggu sebab konvokesyen." Min baru sahaja menutup telefon pintarnya. Barangkali dia baru sahaja mendapat maklumat baharu daripada skuad polis siswanya.

"Ha'ah. Jadi, kalau korang nak buat meeting projek hujung minggu ni, kami takda masalah." Sahut seorang lagi yang bernama Haz. Dia juga baru dapat tahu bahawa latihan pancaragamnya dibatalkan.

Ara hanya mengangguk, tanda faham. Jika demikian, kumpulan mereka akan ada waktu tambahan untuk siapkan tugasan kumpulan.

Dia teringat akan Husna tiba-tiba, dengan ajakan gadis itu untuk keluar bersama. Memang sudah agak lama mereka tidak lepak pada hujung minggu. Bolehlah kiranya jika dia mahu bermalam di rumah Husna atau buat apa-apa yang menyeronokkan pada hujung minggu itu.

Tapi...

"Yakah? Cantiklah! Cuti korang datang pada waktu yang tepat. Cepat sikit kerja kita siap." Lisya sudah bertepuk tangan dengan orang sebelah. Masing-masing lega dengan jadual luar kelas yang dimansuhkan pada minggu tersebut.

Terima kasih kepada minggu konvokesyen. Hahahaha!!

"Tulah, minggu ni dapatlah rehat sikit."

Tugasan dan projek pada minggu ini agak banyak, menyebabkan jadualnya menjadi sangat padat. Dia tidak boleh mensia-siakan peluang.

"So, Ara? Macam mana? Nak cancle ke proceed?" tanya Hasif, apabila melihat respons Ara yang hanya berdiam diri.

"Kita proceed dulu minggu ni, macam biasa. Kita settlekan dalam minggu ni, memandangkan minggu ni takda test. Lagi cepat kita siap, lagi bagus. Hujung minggu ni bolehlah rehat," putus Ara.

"Kalau perlu, weekend ni pun kita akan guna jugak. Tapi, biasanya sebelum weekend kerja kita dah siap, kan? So, no problem punyalah. Assignment kita ni bukannya banyak sebenarnya, cuma masa nak buat tu tak berapa nak ada. Sebelum benda bertambah, baik kita buat saja macam biasa."

Mereka yang lain hanya mengangguk. Masing-masing faham sendiri apa yang dimaksudkan dengan 'benda' oleh Ara yang merujuk pada tugasan atau projek yang boleh diberikan oleh pensyarah pada bila-bila masa. Tambahan pula, program Fizik Industri, adalah kesinambungan antara sains dan teknikal. Jadi, projek dan tugasan bukan hanya bergantung pada kuatnya asas pelajar dalam teori semata-mata. Tidak seperti generasi senior mereka yang lebih banyak bergantung kepada peperiksaan akhir.

"Plus, I'm trying to understand those who are having training or club activities. Korang pun ada banyak benda lain yang nak difikirkan, kan? Apa-apa masalah, boleh rojer dalam grup. Kami akan cover yang selebihnya."

"Arigatou, Ara. Kau memang memahami. Kami bersyukur sangat ada member macam korang semua," balas Min, terharu dengan kata-kata Ara, si ketua kumpulan. Dia juga maklum, setiap ahli kumpulan mereka mempunyai komitmen tambahan di luar kelas masing-masing.

Bermula dengan Ara, salah seorang atlet memanah. Hasif dan aktiviti kokurikulum separa tentera. Haz dengan kebolehan dalam bermain muzik untuk kumpulan pancaragam. Lisya pula menjadi ahli sekretariat mahasiswa fakulti dan badan dakwah. Min menjadi ahli squad akademi polis siswa.

Namun, mereka masih cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan pelajar. Walaupun sibuk dengan aktiviti luar kelas yang juga memerlukan komitmen tinggi.

"Okey, apa-apa kita fikir kemudian. Hari ni, kita akan ke bengkel transformer lepas kelas. Tak begitu, Ara?" tanya Lisya, meminta Ara untuk mengesahkan perancangan yang bakal dilaksanakan pada hari itu.

"Yup. Due dia awal, kan?" kata Ara.

"Ha'ah. Eh, kita dah lambat ni. Kelas pukul tiga, guys." sampuk Hasif lalu bangun dari duduk. Sempat dia mengetuk-ngetuk jam, tanda mengingatkan bahawa mereka akan ada kelas sejam dari sekarang.

EARPHONESWhere stories live. Discover now