Matanya terbuka. Cahaya silau menyapa pandangan, membuatkan matanya hanya mampu terbuka sedikit. Kepalanya sakit dan berdesing, namun dia masih mampu untuk bangun dari baring jika dia mahu.
Suasana agak sunyi. Nampaknya dia hanya bersendirian di situ.
Entah apa yang dia fikirkan ketika itu, dia tidak pasti. Dia mengangkat tangan kirinya untuk menghadang cahaya silau yang menusuk ke dalam retina matanya. Kemudian, dia memusingkan tapak tangan kirinya itu menghadap dirinya.
ZIII..ZIII..
Matanya terbuka besar dek terperanjat. Langsung dia bangun. Nafasnya mulai turun naik kerana panik. Tubuhnya yang tadi sejuk kini berpeluh hebat.
Kenapa tangannya berbunyi begitu? Adakah sebenarnya dia sudah mati dan dia bermimpi? Atau dia sudah berada di alam lain?
Eh!
Dia tidak boleh bermimpi kalau dia sudah mati.
Dia menepuk dahi.
Lagipun kalau dia di alam lain sekalipun, kenapa sekelilingnya penuh dengan mesin? Tangki oksigen pun ada pulak tu! Mungkin juga bunyi yang didengarinya tadi hanya bunyi mesin biasa yang berada berdekatan dengannya.
Dia melihat tapak tangan, kedua-duanya sekali.
ZII..ZIII..ZII..
Matanya terbuka besar apabila melihat tangan kirinya berlubang! Tiada darah kelihatan padanya, membuktikan lubang itu sengaja muncul. Dia mulai cuak kerana sebentar tadi tangannya elok sahaja seperti tangan normal.
Tanpa lubang.
"AHHHHHH!!!"
Akhirnya dia menjerit. Namun..
"Eh, bawak bertenang dulu."
Dia menoleh ke arah pintu, di mana satu suara asing kedengaran di telinga.
*******************************************
Akram menolak perlahan kerusi roda. Dia mahu pesakit ini melihat sekitar makmal. Sengaja dia membawanya ke situ. Dia mahu membawa berita gembira ini kepada sahabatnya, Syak.
Syak sudah lama menunggu detik ini. Tidak pula dia sangka ia akan berlaku secepat ini. Mungkin benar kata lelaki itu, pesakit ini tiada masalah untuk bertindak balas dengan alat yang Syak pasang dalam tubuhnya.
"Wah, siapa tu? Macam mana dia buat tu?"
Akram terus membuka pintu satu bilik. Kerusi roda ditolak ke dalam.
"Assalamualaikum, Syak." Dia melontar suara sedikit tinggi kerana Syak terlalu asyik dengan pedangnya yang berdenting kuat apabila berlaga sesama sendiri.
"Waalaikumussalam. Eh, Ara dah sedar? Cepatnya!" Syak mendekati pesakit bernama Ara dengan rasa tidak percaya. Sepasang pedang tadi sudah bertukar kembali menjadi sepasang earphone wayar biasa.
"Kau tak apa-apa? Ada sakit kat mana-mana tak?" tanya Syak kepada Ara. Soalannya bertubi-tubi.
"Errr...tak..??" Ara menjawab, namun kedengaran ragu-ragu.
"Dia tak sakit rasanya. Cuma dia menjerit sebab terkejut tengok tangannya berlubang," jelas Akram.
Ara menjeling lelaki itu. Lelaki itu juga memandangnya, secara kebetulan.
"What? Betul, kan?" kata Akram lagi. Pelik dia kerana Ara menjelingnya.
'Perlu ke cakap pasal tu?' desis Ara. Dia malu apabila Akram berkata demikian kepada Syak. Namun, dia hanya mampu diam.
"Oh, tangan berlubang? Tengok tangan tu sekejap, Ara."
Ara hanya melakukan seperti yang diarahkan.
ZII..ZII..
YOU ARE READING
EARPHONES
ActionPada era teknologi 2065, semua penduduk berlumba-lumba untuk maju, sesuai dengan era kemajuan bandar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya berusaha untuk memastikan masa hadapan mereka cerah dengan ilmu dan aplikasi berkesan yang mengelak...