"Ara."
Ara menoleh kepada Syak yang memanggilnya. Kelihatan lelaki itu sedang cuba untuk memanjat ke atas bumbung. Dia kagum apabila Syak berjaya mengangkat tubuhnya ke atas dengan tangannya yang agak kurus itu.
Kurus, tapi berotot. Bolehlah jika dia mahu mengistilahkan kekuatan Syak ketika itu.
Dia kembali menghadap ke hadapannya, di mana satu pemandangan cantik sedang tersiar. Ombak memukul deras pantai berpasir, mengubah keadaan pasir daripada posisi asalnya. Cuaca pada hari itu sedikit berangin dan tidak terlalu panas. Jadi dapatlah mereka melepak di situ seketika.
"Cantik, kan? Aku pun suka jugak duduk kat atas ni. Kalau kau naik ke sini malam-malam, kau boleh tengok langit ni meriah. Banyak bintang, melainkan kalau malam tu hujanlah," kata Syak yang sudah melabuhkan duduk di sebelah Ara.
Ara hanya tersenyum menahan ketawanya. Dia tiada langsung mood untuk ketawa ketika itu, namun dia perlu juga menjaga hati Syak.
"Kenapa kau tak gelak? Aku tengah buat lawak ni, Ara," tegur lelaki itu.
"Hambarlah lawak kau. Aku tak boleh nak ketawa." Ara ketawa kecil. Melihatkan reaksi muka Syak dengan bibir muncung, ketawanya semakin kuat. Tapi, masih dijaga ton suaranya supaya tidak didengari dari bawah menara.
Mereka yang tinggal, atau bekerja, ataupun menumpang di institusi itu tidak dibenarkan untuk naik ke menara tinggi tersebut. Demi keselamatan, beberapa orang pengawal ditempatkan di beberapa pintu dan pagar menara.
Sebenarnya, menara itu ialah salah satu tempat mereka berlatih. Pengawal yang berjaga di situ juga tidak ketahui fungsi menara itu yang sebenar. Hanya mereka yang ada akses sahaja yang dibenarkan masuk. Termasuk Ara, Syak dan Akram, ada lebih kurang sepuluh lagi ahli lain yang mempunyai akses.
Kerana hanya mereka yang dikenakan ciri istimewa, iaitu adapter yang dipasang oleh Syak ke dalam tubuh mereka. Adapter dengan ciri magnetik dan material campuran yang boleh menghasilkan elektrik, menjadikan mereka berupaya menghasilkan senjata hanya dengan wayar berdiameter kecil.
"Sorrylah, aku memang tak pandai nak buat lawak." Syak menggaru belakang kepalanya.
"Alah, relaks. Benda macam tu boleh settle. Yakinlah sikit, Syak," balas Ara.
"Ahahaha. Yalah, Ara." Syak tergelak segan.
"Macam mana kau tahu aku di sini? Aku dah sorokkan segala jejak, kau tahu?" kata Ara.
"Kau kata kau dah sorok? Heh, yelah tu! Aku jumpa kain perca ni. Kau tak sedar langsung baju kau dah koyak, kan?" Syak mengeluarkan secebis kain yang sudah terkoyak.
Ara melihat sekilas kain perca yang ditunjukkan oleh Syak. Matanya yang bulat mula melata ke sekeliling tubuh, semata-mata mencari kawasan yang telah berlubang pada pakaiannya.
"Mana ada, Syak! Kau tipu, eh? Aku tak jumpa pun."
Pelik juga dia, perca kain yang dilihat memang sepadan dengan bajunya. Tapi tidak pula dia jumpa bahagian yang tercarik itu.
"Tu, kat bahagian tepi baju. Kau panjat tangga ke pagar besi ni, Ara? Sampai koyak baju." Syak menuding selamba.
"Oh! Hahahahahaha! Aku rasa, aku panjat tangga saja. Macam manalah boleh terkoyak, eh?" Ara hanya mengangkat sedikit bahagian baju yang tercarik itu lalu merenungnya. Hairan, tapi benda sudah pun berlaku.
"Ada tersangkut kat mana-mana mungkin. Kau ada baju lain tak?" tanya Syak.
"Ada," jawab Ara.
"Takpalah kalau macam tu." Syak hanya menarik nafas lega.
Setelah beberapa bulan berada di situ, dia hanya bergantung pada beberapa kawasan yang ada di institusi untuk dapatkan barang-barang keperluannya. Sudah lama sejak serangan entiti itu berlaku padanya.
Dia masih belum sembuh sepenuhnya. Mungkin sebab kecederaan parah itu dialaminya buat kali pertama. Jadi proses penyembuhannya agak rumit.
Begitulah kata Akram padanya.
Namun, Syak dan Akram sudah banyak membantunya sepanjang dia berada di sini. Dengan kepakaran mereka, tubuhnya jadi lebih cergas dan ringan. Walaupun dia sedar, dalam tubuhnya bukan hanya ada daging dan darah, tapi partikel logam juga.
"Syak, macam mana korang bertahan hidup kat sini? Adakah korang juga sepertiku, bangun dari kecederaan dengan bergantung pada kuasa yang ada ini?" Ara melihat telapak tangannya.
Jelas kelihatan beberapa urat berwarna asing padanya, menunjukkan kewujudan bahan asing dalam tubuh yang dipasang oleh Syak beberapa bulan lalu. Dia bersyukur, kerana masih dikurniakan kehidupan. Dia pasti akan mati kerana tikaman entiti berserampang itu jika tidak kerana lelaki itu dan Akram.
"Kami menguji pada tubuh kami dan menaiktaraf kemampuannya. Jadi, kau antara yang bernasib baik," balas Syak.
"Kenapa pulak? Aku tengok korang berdua nampak hebat dengan senjata sendiri. Cara korang bertarung, sangat mengagumkan! Aku tak boleh nak nafikan." Ara menoleh kepada Syak yang sudah duduk di sebelahnya.
"Jawapannya mudah. Kau belum jumpa kekuatan kau lagi. Aku juga bersyukur, sebab badan kau boleh menyesuaikan diri dengan adapter aku. Aku dan Akram akan bantu sedaya-upaya kami supaya kau sembuh. Dan.."
"Kau berhak dapat masa depan yang cerah. Kau masih belajar, tak begitu?"
"Ya, aku baru masuk tahun pertama beberapa bulan lepas," jawab Ara sambil mengangguk.
"Wah, masih jauh perjalanan kau. Mungkin sebab itu kau melawan entiti itu sendiri hari tu," duga Syak.
"Mungkin." Ara melihat tapak tangan kirinya. Satu lubang terbentuk di tengah-tengah, seperti selalu. Bezanya, dia tidak lagi panik seperti ketika melihat fenomena itu buat kali pertama.
YOU ARE READING
EARPHONES
ActionPada era teknologi 2065, semua penduduk berlumba-lumba untuk maju, sesuai dengan era kemajuan bandar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya berusaha untuk memastikan masa hadapan mereka cerah dengan ilmu dan aplikasi berkesan yang mengelak...