10 | Penemuan Baru

0 0 0
                                    

Syak memandang Ara yang sudah beberapa langkah meninggalkan makmalnya. Kata Ara, dia mahu membersihkan diri. Latihannya sudah cukup memenatkan pada hari itu. Selepas satu, satu set latihan yang diberi Akram kepadanya.

Kasihan. Tapi baik Ara, Syak dan Akram. Ketiga-tiganya tiada pilihan selain daripada terus mengasah kebolehan yang ada pada pemegang adapter ciptaan Syak itu.

Mungkin kelihatan seperti Ara itu ialah tikus makmal. Ara pula rasa terpaksa pada mulanya. Setelah beberapa lama, alah bisa tegal biasa.

"Kau pergi mana tadi, Syak? Seharian kau keluar," tegur Akram.

"Aku balik rumah kejap. Kakak aku nak kahwin. Jadi, aku balik sebab family meeting lah kiranya." Syak bangun dari kerusinya lalu bergerak ke arah mesin penapis air. Sebiji mug ada di tangannya. Secawan air sejuk terus diminum.

"Oh, ya ka? Kakak kau yang sulung tu, eh? Syakira?" Akram menebak.

"Yup. Dah lama sangat dia bertunang. Keluar pulak selalu berdua dengan tunang dia tu. Apa pulak kata orang nanti kalau belum kahwin lagi," kata Syak sambil meletakkan mug yang baru saja dibasuh ke dalam rak.

"Betul jugak tu. Lagipun umur dia dah nak dekat 30 tahun. Memang patut pun dia kahwin. Kau ada kena uruskan apa-apa tak?" Akram meneguk air di tangannya.

"Ada. Kena settelkan bab khemah. Nasib baik kenduri kecil-kecil je. Jadi, tak perlu nak tempah banyak sangat. Dekat rumah kau ada orang sewakan khemah, kan Ram?"

"Ada. Orang memang selalu sewa kat dia pun. Sewanya tak mahal."

"Aku fikir nak sewa dengan dialah. Boleh tak bawakkan aku jumpa dia nanti?" tanya Syak yang sudah berdiri di hadapan Akram.

Bersembang dari meja kerjanya memerlukan suara yang kuat untuk berkomunikasi. Dia malas hendak membazirkan suaranya yang merdu itu. Ecewahh.

"Hahahaha. Boleh sangat, Syak. Demi kakak kau, aku sanggup buat apa saja," jawab Akram sambil ketawa.

"Amboi, kau. Bukan main lagi. Punya banyak perempuan lain kat luar tu. Kakak aku jugak yang kau nak. Aku bantah. Titik." Syak mula menunjukkan protes.

Bertambah kuat Akram ketawa, membuatkan beberapa orang staf yang lalu lalang memandang ke arah makmal Syak.

Cermin pintu yang lutsinar mampu menarik perhatian orang jika melakukan perbuatan yang menonjol. Segara Akram mengangkat tangan sebagai tanda maaf. Mungkin suaranya telah mengganggu ketenteraman laluan tersebut.

"Macam mana dengan training Ara?" tanya Syak lagi. Kali ini, wajahnya bertukar sedikit serius.

"Dia dah biasa buat setiap hari. Jadi dia semakin cekap mengawal senjatanya. Pergerakan pun semakin pantas. Tapi Syak, ada benda dah jadi tadi," jawab Akram.

"Apa bendanya tu? Macam serius saja. Sebab itu ke Ara ikut kau ke sini tadi?" Syak bersandar pada meja di sebelah Akram, memeluk tubuhnya.

"Haah, dia nak tanya kau sendiri sebenarnya. Tapi, alang-alang kita dah bersembang ni dan Ara pun takde kat sini. Mungkin kau tau sesuatu, atau pun benda yang dah jadi tu adalah satu penemuan baharu untuk research kau," kata Akram.

"Penemuan baru? Maksud kau?" tanya Syak kembali.

"Aku set masa tadi untuk Ara habiskan rempuh halangan yang aku buat. Tujuan aku hanya untuk kuatkan dia dan jadikan serangan dia lebih tepat ke sasaran. Masa dia buat tu, satu senjata baru keluar tiba-tiba."

"Aku ada tanya dia, manalah tahu dia tersalah guna earphone. Tapi, kalau diingat balik tadi, aku sendiri nampak pada halangan mula-mula dia guna rantai dia. Tiba-tiba dia sangkut di pertengahan sebab senjatanya berubah."

Ekspresi muka Syak berubah apabila mendengar cerita Akram. Berkerut dahinya, memikirkan segala faktor yang boleh menyebabkan perkara berlaku sedemikian rupa.

Dia pernah melakukan beberapa ujian sebelum ini untuk menguji kebolehan penggunaan senjata yang lebih dari sejenis. Namun, semuanya gagal total.

Akhirnya, dia mengalah kerana manusia mungkin takkan boleh melakukannya. Dia sebagai salah seorang pengguna juga tidak boleh melakukannya. Jadi, dia akur bahawa manusia punya batas dan kelemahan.

Tapi kali ini, keadaan mula berbeza apabila Ara datang sebagai pengguna adapter yang baharu.

Takkanlah..

"Jadi, aku nak tanya kau. Boleh jadi ke benda macam tu? Atau device Ara ada kerosakan? Dan kalau..."

"Bagitahu Ara untuk bersiap," potong Syak tiba-tiba.

"Ber..ap..apa? Bersiap untuk apa?" Tergagap Akram apabila si sahabat memotong kata-katanya. Sehingga dia lupa apa yang sepatutnya dia katakan sebentar tadi.

"Aku akan buat test kat dia malam ni. Petang ni, biarkan dia rehat cukup-cukup dulu." Syak menyelak-nyelak buku nota di atas meja kerjanya yang berselerak, seakan-akan sedang mencari sesuatu.

"Kau nak buat apa, Syak? Cara kau cakap macam nak lenjan dia pulak," tanya Akram, tiada niat untuk berseloroh.

Tetapi tanpa disangka-sangka, Syak tersenyum.

"Aku ada rekod gelombang otak pengguna sebelum ni. Jadi aku nak pastikan sesuatu, kut-kut Ara ni berbeza dari orang lain. Kalau tak jadi jugak, mungkin kau kena train dia lagi, Ram. Aku pun akan sertai korang malam ni." Syak meletakkan satu fail bersama-sama dengan beberapa buku catatan di satu sudut meja yang sengaja dikosongkan.

"Lagipun, aku dah lama tak berlatih. Mungkin skil bertarung aku sudah berkarat." Kali ini, dia mengambil earphonenya pula lalu disimpan di dalam kocek seluar. Kelihatannya seperti mahu bergegas keluar dari bilik itu.

"Okey, nanti aku bagitahu dia. Eh, kau nak ke mana pulak ni, Syak?" soal Akram, pelik melihat laku sahabatnya.

"Nak balik bilik. Tidur kejap. Malam ni aku mungkin tak tidur lagi." Syak tersenyum melihat Akram yang masih memerhatikannya.

"Ish, kau ni. Janganlah kerja kuat sangat. Kau bukannya robot, tahu tak? Tolonglah jadi manusia normal. Bla...bla..bla.."

Syak hanya ketawa. Susah untuk dia meningkah apabila datang mood membebel Akram. Macam bertih jagung.

"Orang tidur pada waktu malam, tahu? Kau pulak jadi burung hantu, tidur siang. Dah kenapa dengan kau? Ada mix dengan spesis burung hantu ke kau ni?"

Lagi kuat Syak ketawa. Boleh pulak dia disamakan dengan burung hantu kali ini. Pernah sekali, dia disamakan dengan kelawar sebab terperuk dalam makmal berjam-jam lamanya tanpa gagal.

Sudah macam-macam benda dan spesis yang dilabelkan Akram kepadanya. Tapi, dia tidak kisah. Malah rasa sangat bertuah. Akram seorang yang sangat mengambil berat tentang orang-orang yang rapat dengannya.

Sepanjang mereka bekerjasama, Akramlah yang banyak menyokongnya sepanjang institusi mereka dibangunkan. Dia sanggup berhenti kerja sebagai pakar anestetik di hospital kerajaan Tesla semata-mata untuk bekerja dalam satu institusi yang tidak ketahuan masa depannya. Katanya, ramai lagi pakar di hospital itu yang lebih baik dan berpengalaman daripadanya. Sedangkan Syak sendiri kenal bahawa Akram ialah pakar anestetik terbaik di sana.

Tapi, Akram juga sangat nakal dan suka mencari pasal. Syak jugalah yang akan memarahinya supaya lelaki itu menghentikan perbuatannya. Sekarang, dia selalu bergaduh dengan Ara. Paling teruk, dia hampir mengapa-apakan Ara ketika Ara mula-mula berada di sini dahulu. Mungkin Akram tiada niat, tetapi perkara itu agak membimbangkan Syak sendiri. Sebab Akram ialah seorang lelaki bujang dan masih belum berpunya.

Syak sudah tiba di bilik. Dia menutup pintu selepas Akram meminta diri ke biliknya sendiri yang selang dua pintu dari bilik Syak. Harapnya lelaki itu tidak lupa untuk sampaikan pesanannya untuk Ara.



EARPHONESWhere stories live. Discover now