7 | Fizikal

2 0 0
                                    

17..

18...

19....

20.

Huhh..

Ara terbaring keletihan. Nafasnya ditarik rakus. Akram yang berdiri di tepi kepalanya hanya diperhatikan. Kelihatan lelaki itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Terus dia bangun dari baringnya. Segan pulak dia apabila Akram berada di situ.

"Kau dah lama tak buat physical training, eh?" tanya Akram tiba-tiba.

"Lebih kuranglah," jawab Ara.

"Patutlah, lembik semacam je kau ni. Gemuk. Dahlah ada lemak kat perut. Buat malu je."

Darah menyerbu ke muka Ara, menyebabkan mukanya bertukar merah bak udang goreng. Terus dia bangun dari duduk. Tangan bajunya siap disising. Dia rasa seperti hendak bertumbuk ketika ini.

Sebab mulut Akram ni kurang ajar sangat!

"Kau apahal? Nak gaduh ke?" Ara bercekak pinggang sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.

"Boleh jugak. Marilah." Akram membalas selamba. Gayanya penuh lagak.

Apalah sangat dengan penumbuk budak gemuk pendek ini? Dia boleh buat perempuan ini melayang ke udara kalau dia nak. Tapi, disebabkan mereka di dalam bangunan bawah tanah, dia tidak boleh berbuat begitu.

"Berlagak betul kau, ya? Geramnya aku!! Hiyarghh!!" Terus Ara melancarkan serangan.

Membuta tuli.

Tanpa strategi.

Ikut suka hati.

BUK!!

Ara membuka matanya. Dia berpuas hati apabila terdengar bunyi penumbuk berlaga dengan tubuh Akram. Dia fikir Akram sudah terjelepok ke lantai. Geram betul dia. Biar dia rasakan.

Tapi..

Sangkaannya meleset. Dia tergamam. Akram masih berdiri tegak di hadapan sambil tersenyum sinis. Tangan lelaki itu terhulur ke depan. Kelihatan penumbuknya berjaya ditangkap oleh Akram.

Terus dia menarik tangan. Bertambah bengang di hatinya. Tambahan pula apabila melihat senyuman Akram. Membuatkan dia melepaskan tumbukan kedua.

"Kau ni, ceroboh betul. Tak senonoh," kata Akram.

"Peduli apa aku. Arghhh!!" Ara menumbuk lagi.

Sekali lagi penumbuknya ditangkap oleh Akram.

"Oi, oi! Mata tu bukaklah. Mana nak nampak aku kat depan ni." Akram menjerkah. Tangannya juga pantas menangkap gumpalan penumbuk gelojoh Ara.

ZZUUPP!!

Mata Akram terbuntang apabila melihat pergerakan yang semakin pantas daripada Ara. Mujur saja dia sempat menangkap. Jika tidak, mahu berterabur giginya!

"Hei, Ara."

Ara memandangnya tajam apabila Akram menyebut namanya. Nafasnya semput sedikit dek kepenatan. Namun dia masih belum puas hati dengan lelaki itu.

"Boleh laju sikit tak? Lambatlah kau ni," kata Akram, selamba.

"Grrrrrrr...." Kedengaran Ara menderam marah. Lagaknya umpama binatang buas kala ini. Tambahan pula dia tidak mampu melepaskan penumbuknya daripada genggaman kejap Akram. Puas ditariknya tapi gagal.

"Fokus. Tengok kau nak tumbuk kat mana."

"Bukak mata."

"Guna otak tu. Kau bukan binatang."

EARPHONESWhere stories live. Discover now