TIT! TIT! TIT! TIT! TIT! TIT!!
"Akram, cepat! Dia dah tak bernafas ni!"
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan tergesa-gesa. Pakaiannya telah sedia dipakai, khas untuk sebarang operasi menyelamatkan nyawa. Tidak ketinggalan, dengan mask. Sedari tadi dia sudah maklum akan keadaan pesakit yang satu itu. Namun, dia ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Mujurlah rakannya ada membantu dalam memantau.
Nasibnya juga baik, kerana dia masih belum keluar dari institusi tempat mereka bekerja itu.
Defibrilator mula dihidupkan. Defibrilator ialah sejenis peranti perubatan yang digunakan untuk memulihkan keadaan jantung yang tidak berfungsi seperti normal, yakni denyutan jantung "terhenti". Ia akan digunakan untuk mengejutkan jantung dan mengembalikan rentak jantung kepada normal.
Pad elektrod sudah bersedia untuk dilekatkan pada sebelah kanan atas dada dan sebelah kiri yang lebih rendah. Cuma menunggu kiraan dan ia akan menjalankan tugasnya.
Lelaki bernama Syak hanya menunggu arahan. Dia tahu saja untuk menggunakan peralatan itu sendiri. Namun dia sedar, dia perlukan bantuan orang yang lebih pakar tentang bidang ini.
Titisan peluh merinik di dahi kedua-dua lelaki itu. Keadaan menjadi sangat cemas, menyebabkan bilik itu terasa panas. Walaupun pendingin hawa dipasang pada suhu paling sejuk, keadaan cemas sangat berkuasa untuk membuatkan para penyelamat ini fokus hanya pada kerja mereka. Tanpa rasa untuk memeluk tubuh dek menggigil.
"Satu, dua, tiga!"
BUK!
Syak mula bertindak mengikut kiraan Akram. Tubuh pesakit terangkat sedikit sebelum terhenyak semula di katil. Lelaki itu diam sebentar, memberi peluang kepada Akram untuk memeriksa nadi dan memastikan keperluan untuk melakukan defibrilasi sekali lagi.
Pada masa yang sama, dia perlu berhati-hati. Pesakit sedang cedera parah. Pendarahan boleh berlaku semula kerana impak yang terhasil daripada defibrilasi.
"Lagi, Syak!" Kata Akram yang berada di tepi pesakit.
"Satu, dua, tiga!" Akram mengira lagi.
BUK!
Akram mula memeriksa nadi setelah defibrilator melakukan analisis.
TUT, TUT! TUT, TUT! TUT, TUT!
"Dia bernafas tak?"
Akram hanya menggelengkan kepalanya. Denyutan jantung pesakit sudah kembali. Namun, CPR masih diperlukan untuk membantu pesakit bernafas semula.
Dia terpaksa mengetepikan soal gender kerana nyawa. Lagipun, tiada wanita di sini yang boleh membantu ketika ini.
Syak berdiri di situ, menyaksikan Akram memberi bantuan pernafasan dengan penuh debaran. Dia benar-benar berharap, semuanya akan okey. Demi masa depan pesakit, dia tidak akan merosakkannya hanya kerana kepentingan diri.
Dia kagum dan sangat berterima kasih kepada Akram. Lelaki itu banyak membantunya selama mereka merawat pesakit. Kepakarannya dalam bidang medik sangat-sangat membantu. Akram pasti akan menyalahkan dirinya jika berlaku perkara yang tidak diingini.
"Allahuakbar! Alhamdulillah!"
Kedengaran rakannya berteriak dengan air mata yang menitis. Kedua tapak tangan diraup ke mukanya yang sedikit berpeluh. Masknya sudah dibuka.
Syak menghampiri Akram lantas dipeluk lelaki itu. Dia juga menangis kegembiraan. Kemudian, dia menoleh kepada pesakit yang mula bernafas seperti biasa. Wap jelas kelihatan pada alat bantuan pernafasan yang menutupi hidung dan mulut pesakit itu.
YOU ARE READING
EARPHONES
ActionPada era teknologi 2065, semua penduduk berlumba-lumba untuk maju, sesuai dengan era kemajuan bandar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya berusaha untuk memastikan masa hadapan mereka cerah dengan ilmu dan aplikasi berkesan yang mengelak...