KRIIIIIINGGGGGGG!!!
POMMM!!
AHHHHH!!
"Tolong beri kerjasama, keluar ikut sini ya?"
Loceng berbunyi nyaring, panjang hingga memakan masa beberapa minit. Bunyi jeritan orang ramai mula membingitkan telinga. Kelihatan beberapa anggota keselamatan memberi arahan kepada orang awam yang sedang berlari-lari itu. Muka mereka berpeluh-peluh, sesak nafas hanya ditahan demi melaksanakan tanggungjawab melindungi orang awam yang tinggal di institusi itu.
Kebetulan Ara baru sahaja keluar dari biliknya. Kelihatan orang ramai sedang berlari pantas ke suatu tempat yang tidak pasti.
Dia mengerling jam tangannya. Dia sudah tiada masa untuk melayan kemusykilannya. Janjinya pada Syak akan tiba di menara pada pukul 9 malam. Sekarang, sudah menginjak ke 9.15 malam. Sudah tentu dia perlu berlari segera. Menara tersebut sangat jauh di hujung bangunan institusi.
"Arghhh, apahal ramai sangat orang ni?" rengusnya apabila dia hampir merempuh sekumpulan wanita yang sedang berlari ke pintu keluar bangunan itu. Mereka langsung tidak perasan, hatta memberi laluan padanya yang sedang mahu bergegas.
Baru dia perasan. Hanya dia yang melawan arus laluan itu sekarang.
"Kakak, kakak nak ke mana? Pintu keluar kat sana."
Ara menoleh ke arah datangnya suara menegur itu. Seorang perempuan berusia dalam linkungan 17 tahun kelihatan mahu meraih tangannya.
"Apa yang berlaku, dik? Kenapa semua orang berlari-lari ni?" tanya Ara.
"Akak tak dengar ke kat luar tu? Ada entiti sedang menyerang institusi!"
Ara terpana di situ. Langkahnya yang mahu dipercepatkan tadi terus berhenti di persimpangan yang dipenuhi orang. Terkejut dia, sebaik sahaja nama makhluk yang bernama entiti itu dituturkan oleh remaja perempuan itu.
Melihatkan Ara yang seakan-akan bingung, remaja perempuan itu terus berlalu apabila mendengar panggilan ibunya dari jauh. Dia berlari, terpaksa meninggalkan Ara yang sudah terduduk di situ.
Layar memori mula bermain di minda Ara. Sekali lagi, memori malam ketika kejadian mengerikan itu menghantui diri setelah sekian lama dia telah melupakannya. Terasa bahagian lukanya sakit, sedangkan ia telah lama sembuh dan berparut.
Air matanya bergenang. Dia teringat akan keluarganya yang telah lama ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka? Adakah masih hidup? Atau sudah dimakan entiti juga? Pasti semua orang menganggapnya sudah mati dalam kejadian itu.
Secara tiba-tiba, satu suara kedengaran. Tegas. Hanya dia yang boleh mendengarnya.
'Mengapa menangis? Bukankah kekuatan yang telah kau kecapi ini ialah salah satu cara untuk melindungi mereka?'
'Jangan biarkan entiti bersisa di atas muka bumi, mengganggu ketenteraman manusia dan mengambil nyawa sesuka hati.'
'Kau masih hidup bukan hanya kerana nasib kau baik. Kau telah ditakdirkan untuk masih hidup, untuk membalas perbuatan mereka!'
'Kau mesti gunakan kekuatan kau untuk hapuskan mereka semuanya. Dendam mesti dibalas. Darah mereka mesti tersembur keluar, membuktikan kekuatan dan kemenangan kau.'
'Bertahanlah, Nurfarrah Izzatie. Bangun!'
*******************************************
WARGHHHHHH!!
Ramai pasukan keselamatan bersenjata mula berundur dek diserang tanpa henti. Bersenjatakan hanya machine gun dan senapang, semua itu masih belum cukup untuk menewaskan berpuluh-puluh entiti yang masih datang menyerang.
YOU ARE READING
EARPHONES
ActionPada era teknologi 2065, semua penduduk berlumba-lumba untuk maju, sesuai dengan era kemajuan bandar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya berusaha untuk memastikan masa hadapan mereka cerah dengan ilmu dan aplikasi berkesan yang mengelak...