Susah aku hendak kata
Aku cintaKau wujud hanya di luar
Bilik yang mengurung aku
Pintu berkunci dan kunci di tangan kiri
Tingkap hati tercabut berlubang tapi
Terlalu kerdil dan terlalu tinggi untuk dinaik kakiAku dengar kau kata
Kau cintaTapi aku tak nampak, aku tak rasa.
Terlalu luas bilik ini hinggakan perlu berlari ke pintu untuk menghampiri
Kau yang aku tahu bertahun
Bertahun juga aku simpan rasa yang tak kuat
Darah merata bilik lebih pekat
Lebih likat dari apa jenis perasaanAku mahu kata sambil rasa
Cinta kita.***
Depression bukannya buat kita sedih; ia buat kita tak rasa gembira. Apa yang selain rasa gembira? -Kosong. Aku akan kata I love you tapi itu cuma di mulut. Dalam hati? Tak ada perasaan. Macam patung. No wonder self harm pun tak rasa apa-apa.
YOU ARE READING
Puisi & Psikosis
PoetryPsikosis :- halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud) dan delusi (percaya akan sesuatu yang tidak masuk akal). Disclaimer! : Aku buat puisi ni saja-saja je. Tak berpuitis pun. Sekadar menumpahkan perasaan apabila ada episod psikos...