Televisyen

17 2 0
                                    

Adakah mereka tahu
Aku juga seorang pelakon?
Adakah mereka dengar monolog minda lantangku?
Bolehkah mereka tangisi plot palsu kebahagiaanku?

Variasi genre televisyen membuat aku cemburu
Bilamana cerita aku cuma bertema depresi
Cerita aku
Pelakon cuma aku
Tiada penonton

Aku penat.
Bolehkah kututup suis televisyen sekarang?







***
Aku cipta puisi beberapa tahun lepas jadi maaf kerana tak berapa cantik puisinya.

Puisi & PsikosisWhere stories live. Discover now