Di balik helai rambutku
Ada kau dan aku susun bait kataku
Sebelum dilepaskan esok.Ada juga terawang dalam
Kosong tempurung kepalaku
Apa kau suka, apa kau rasa,
Ada kau teruja dengan pelan hari selasa?
Aku geleng, biar gugur imaginasi dari tangkai sia-sia
Sedar aku makin hilang nafas,
Aku pilih untuk tidur.Moga lancar walau angan tak jadi.
***
Aku tulis puisi ni pada malam sebelum aku nak pergi dating haha. Bukan apa, itu date pertama aku selepas aku cerita kat dia yang aku ada psikosis. Aku berdebar nak tahu apa pandangan dia terhadap aku selepas tu.
YOU ARE READING
Puisi & Psikosis
PoesíaPsikosis :- halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud) dan delusi (percaya akan sesuatu yang tidak masuk akal). Disclaimer! : Aku buat puisi ni saja-saja je. Tak berpuitis pun. Sekadar menumpahkan perasaan apabila ada episod psikos...