Siku rakan menyapaku
"Itu",
Dari kejauhan aku terlihat kau
Sang jejaka berkaca mata.Jujur, sudah lama kuterjatuh tangga cinta
Kerana leka menonton senyuman engkau
Serta hitam-perangnya rambut engkau
Malah gerakmu juga bagai ritual hipnotisme.Ah, aku menggeleng sendirian
Tidak
Aku tak layak mencintai engkau
---malah sesiapa pun
Tatkala aku sendiri membenci diriku.Buat apa aku mengejar kau
Bilamana aku masih terkejat nak mencari diriku
Aku hanya sang pungguk cacat sayapnya
Merindukan kau, sang bulan di angkasa.Wahai sang jejaka berkaca mata
Benar, aku menagih engkau
Benar, aku mahu menugu engkau di hati pejalku
Tetapi aku waham siapa aku.
Kau mungkin menjauh apabila kausedar mindaku sakit
Kau mungkin membenci apabila kautahu jiwaku lemah
Kau mungkin ketakutan mengetahui aku penyeksa diri.Tidak mengapalah.
Aku lebih gemar berseorangan.
Maka biarlah aku yang menjauhi engkau
Sang jejaka berkaca mata.***
Aaaaaa malu gila letak puisi cinta bertahun dulu. Sekali lagi, maaf kalau puisi tak indah!
YOU ARE READING
Puisi & Psikosis
PoetryPsikosis :- halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud) dan delusi (percaya akan sesuatu yang tidak masuk akal). Disclaimer! : Aku buat puisi ni saja-saja je. Tak berpuitis pun. Sekadar menumpahkan perasaan apabila ada episod psikos...