Maaf
Maafkan anakmu tiada kejayaan
Tiada hala tuju
Tiada kereta dan rumah untukmu
Sebagai balasan jasa
Kerana aku hanya tahu berputus asa
Maaf
Maafkan sahabatmu tak memahami
Kasar bahasaku
Tatkala kau sunyi sayu
Melari diri sahaja yang kutahu
Kerana anggap kaupun tak mengertiku
Maaf
Maafkan manusia hina ini
Manusia sifar bicara bingar jiwanya
Walau berapa kali kumencuba
Aku gagal
Aku benci orang penat menunggu jayaku
Aku benci orang penat membangkit jatuhku
Aku benci orang rungut cubaanku
Makanya
Maaf
Kerana aku mahu berhenti mencuba***
PLEASE baca bab seterusnya.
YOU ARE READING
Puisi & Psikosis
PoetryPsikosis :- halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud) dan delusi (percaya akan sesuatu yang tidak masuk akal). Disclaimer! : Aku buat puisi ni saja-saja je. Tak berpuitis pun. Sekadar menumpahkan perasaan apabila ada episod psikos...