Tingkatan 6

23 1 0
                                    

Senyummu
Suara yang keluar dan mata yang menyepet
Kau selalu hadir tapi tiada di sini

Imej kau bermain di hadapan mata --
Dan yang di hadapan hilang sementara.
Aku nampak kau berlari dan tangan kau terpegang erat
Tebal helaian ilmu yang kita ekstrakkan
Dari air mata malam
Tapi kau tampak gembira.
Aku juga.

Kita dan mereka bagai sekumpulan katak
Yang menjerit suka selepas lebat petir...
Kita pun kini tidak lagi di tasik bersama.

Puisi & PsikosisWhere stories live. Discover now