Makhluk Hujung Katil

15 1 0
                                    

Makhluk hujung katil
Mencabut kelopak hidup
Satu demi satu.
Bulan mengambang seri
Membekal kelopak lagi.
Dia tidak tahu
Mahu beremosi apa
Sedih atau gembira
Balik setiap cuba?
Buruj ditanya tapi
Hanya siling menyapa.
Makhluk itu kujat
Tingkap langit dicari
Sambil arkib memori
Menjadi dif tak diundang
Merancang kebejatan hidup
Makhluk hujung katil.

Puisi & PsikosisWhere stories live. Discover now