Kau bagai bulan bagiku--
Walau di terik pandangan pecah
Aku nampak.Usai kebas, tanpa perlu ada luka
Akhirnya aku merasa...
Oh, begitu magis! Kau hadir kepadaku apabila aku sendiri tidak.
Di balik bidai tidak pasti, mataku bersinar -- tembus kau bercahaya
Begitu benar
Kau tahu engkau aku cintaTapi tontonlah darah memberatkan kulitku - maaf
Aku takut, aku tiada pengalaman dikasihi dan dikisah
Andai kautahu siapa aku...
Apa kau akan bimbang, apa kau akan resah
Melihat setiap topeng aku tak pakai, setiap wajah aku bencikan
Aku pun tak tahu siapa aku!
Dunia tampak palsu
Otak terasa kayu.Kumohon, jangan aku kau campak
Kau sahaja kebenaran yang aku nampak.***
Ugh, lagi satu puisi cinta! Aku pun rasa nak muntah. Tapi ini yang ada dalam memo phone aku. Maaf ya. :)
YOU ARE READING
Puisi & Psikosis
PoetryPsikosis :- halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud) dan delusi (percaya akan sesuatu yang tidak masuk akal). Disclaimer! : Aku buat puisi ni saja-saja je. Tak berpuitis pun. Sekadar menumpahkan perasaan apabila ada episod psikos...