Nadya tengah makan strawberry sambil duduk di sebelah kadbod Jimin.
"Haih, ini ke nasib peminat KPOP? Selalu lonely. Betina lagi dua ekor pun tak nampak ekornya." Nadya cuma tenung kadbod wajah Jimin yang sedang senyum ke arahnya.
"Apa senyum-senyum hah?" Nadya yang dah naik berang meninggikan suara deep miliknya.
Tiba-tiba, ada suara seperti memanggil namanya. Nadya mengalihkan pandangan ke arah suara itu tapi takde orang yang nampak seperti memanggilnya.
Nadya kembali melihat ke arah kadbod Jimin yang kelihatan real secara tiba-tiba.
"Hai," kata Jimin.
"Anis guna sihir apa sampai macam real je? Siap boleh cakap lagi." Nadya hanya melihat Jimin yang duduk di sebelahnya.
"Saya memangla real."
"Saya tau awak real, awak baru perform tadi. Tapi camne kadbod boleh tukar jadi orang?" Nadya mengangkat tangan dan memegang pipi Jimin. "Real siot. Bijaknya Anis."
"Kan. Anis memang bijak." Puji Jimin.
Selepas beberapa minit duduk di sebelah Jimin, Nadya tiba-tiba ternampak gerangan kadbod Jimin miliknya berhampiran dengan pintu masuk dewan itu.
"Jap, kalau tu kadbod, maksudnya ni- Jimin yang real lah? Oh. OH. Omaigod. OMAIGOD SERIOUSLA JIMIN NOTICE AKU AHAGAHAHAGAHAGHAH."
Jimin tersengih sambil berfikir. Apa bongok sangat minah ni? Memangla aku real. Takkan tak reti beza ngan kadbod?
"Bapak ah!" Jimin hanya ketawa. Nadya dapat cakap ngan Jimin dah cukup bahagia. Takyah sweet-sweet.
"Bapak sape engko main rembat ni?" Jimin membalas sambil menyiku lengan Nadya. Dah anggap Nadya rapat dengan dia.
"Entoh. Dah biasa sebut. Heshtek bapak ah." Nadya membuat simbol '#' dengan tangan.
"Dah makan lum?" Jimin bertanya.
"Dah. Nak sambung. Tapi. Takde mood dah. Saya dah kehilangan dua betina. Kena report kat inspector romano ni." Nadya membebel.
"Romano mana?"
"Ei awak tak faham inside jokes kitorang. Kita kelas lain-lain. Edros kenal la."
"Bapak dia ke apa?"
"Takdelah. Inspector Romano tu dia."
"Ketahikkan apa ni?" Jimin membalas.
---
Anis yang hanya melihat dari jauh tergelak sorang-sorang bila nampak Jimin dan Nadya ketawa bersama-sama.
"Haih, Nadya dah dapat dia punya. Aku punya camne eh, Taehyung? Camne ah?" Tanya Anis sambil memeluk bahu kadbod dengan muka Taehyung.
"Eh, saya ni bukan awak punya ke?" Anis terdengar suara deep seperti suara Taehyung.
"Ye, memangla awak ni saya punya. Tapi untuk hari ni je lah. Esok-esok, reput juga kadbod ni. Haih," keluh Anis.
"Tapi, tak pelik ke, Anis. Kadbod boleh bercakap?"
"Tulah," Anis menghirup air sirap, "aku terguna ilmu hitam ke? Sampai boleh real macam ni."
"Sebab saya memang real." Taehyung melangkah ke hadapan Anis.
Anis yang terkebil-kebil dengan situasi semasa hanya memandang Taehyung dan kadbod itu bersilih-ganti. "Apakah ini semua? Awak-"
"Tak tau saya ni apa? Saya ni jodoh awak la. Takkan tak tau." Kata Taehyung sambil mengelipkan matanya dengan comel.
"Pale hotak mu jodoh, takyah la nak bersemut sangat!" Anis memukul lengan Taehyung.
"Tak sakit." Taehyung menjelirkan lidah.
"Awak nak saya patahkan tulang awak ke? Nadya dah hampir sain kontrak patahkan tulang haritu."
"Eh- Anis, jap Anis- ANIS! SAKIT!"
---
Aishah pula sedang mencedok makanan selepas penat memindahkan kadbod milik Anis.
"Bahagia siot diorang." Bebel Aishah. Yelah, dia tengok Nadya dengan Jimin, bersemut! Uish Halal Gap tinggal 0.01cm. Haih, Anis dengan Taehyung pula, berkerengga.
"Sorang semut, sorang kerengga. Aku apa?"
"Awak cinta hati saya."
Aishah yang terkejut apabila mendengar suara itu terus memusingkan badan ke belakang untuk berhadapan dengan kadbod Jungkook nya.
"Aik, keluar suara ni auto ke apa?" Aishah cuba menekan kadbod itu di bahagian dada. Maklumlah, pervert dan gatal kan, nasib kat dada je. Kalau kat- ha malaslah nak cakap. Kami tau yang anda faham dengan apa yang nak disampaikan.
"Saya cinta hati awak."
"Aik, takkan ayat sama je?"
"Biarlah ayat sama. Biarlah awak jemu dengan ayat tu, tapi saya takkan biar awak jemu dengan saya."
"Wah, suara dia keluar dari mana?"
"Dari sini." Jungkook memusingkan badan Aishah untuk menghadapnya. Selama ni, Jungkook berada di belakang Aishah.
"Wait a minute. Oh awak ke yang dok cakap tadi- eh jap. Jungkook, hai. Eh, JUNGKOOK?" Jerit Aishah.
"Ya, Aishah."
"J-jungkook kat depan aku. Omaigod. JUNGKOOK SARANGHAE!"
"Malasla nak jadi macam si Nopal. Takde ayat lain ke?" Aishah pun ketawa dengan kepalanya menghadap ke atas.
"Eh, saya baru perasan. Saya lagi tua dari awak 2 tahun. Awak tak panggil saya Noona pun!" Cebik Aishah.
"Buat apa panggil Noona kalau suatu hari nanti saya akan panggil awak sayang?" Aishah yang terkedu dengan ayat tu terus senyap untuk tahan ketawa gediknya.
Biasalah, Aishah akan senang jatuh hati untuk ayat-ayat jiwang.
"Umm-"
"Jom menari."
"Ha? M-menari? Ha b-boleh."
Jungkook pun terserlah lah kegembiraannya. Jungkook pusing ke belakang dan tersenyum ke arah Nadya.
Nadya pun mengangkat ibu jarinya dan membuat isyarat supaya melayan kerenah kawan baiknya itu.
Semuanya bermula dari prom. Kalau bukan sebab prom, sampai bila mereka takkan tegur each other. Untungnya ada kawan yang membantu satu sama lain.
Okay, now nak cerita sikit. Camne ada ahli BTS boleh kawan dengan tiga betina tu?
Nadya dan Jungkook. Mula-mula kenal kat kem kepimpinan. Mereka sama group, jadi Jungkook ajak Nadya berkawan sebab tengok Nadya ni macam suweg.
Anis dan Jimin. Parents mereka merupakan kenalan. Jadi kadang-kadang, mereka akan makan bersama-sama. Jimin pun akan tumpang di rumah Anis kalau ada kecemasan.
Aishah dan Taehyung. Jiran dari kecil. Ramai yang tak tau yang mereka ni jiran. Sebab jarang nampak Taehyung keluar dari rumah tu, maklumlah, kebanyakan masa diluangkan di dorm.
✓
YOU ARE READING
Hold Me Tighter
Fanfiction[ Jilid Satu ] Pernah tak jumpa orang yang hidup dia sendu sangat sampai pergi prom pon bawak kadbod bergambar crush mereka? Namun, takdir mereka berubah apabila bertemu dengan crush mereka saat prom dan bermulalah kisah mereka berenam. Inilah kisa...