Selepas sahaja bunyi loceng, Aishah terus bangun dan mengemas begnya. Sama juga bagi Anis dan Nadya."Noona, jom pergi perpustakaan." Kata Jungkook yang berada di hadapan meja Aishah.
"Jom." Aishah pun melambai ke arah Anis dan Nadya yang tak melihat ke arahnya tapi Aishah tak kisah. Dia dah cukup bahagia dah pun.
"Weh, teman aku gi kantin jap Nis." Kata Nadya sambil mengusap perutnya.
"Alahh aku nak kena pergi restoran yang dekat sekolah kita tu." Kata Anis. "Aku chow lu ye."
"Tak guna punya kawan." Bebel Nadya.
Nadya pun mengambil langkah seorang diri ke arah pintu pagar A.
Bila dia dah sampai di pintu pagar A, kelihatan kelibat seorang lelaki yang dikenalinya.
Syafiq pandang Nadya. Nadya pandang Syafiq. Apa lagi? Nadya chow la. Buatpe nak tegur. Dasar jantan tak gun- ok maaf. Terlalu ikut perasaan.
Nadya pun tunggu je. Disebabkan pakai baju sekolah, agak susah untuk Nadya bergerak. Kalau pakai baju PJ, senangla nak buat flying kick ke apa kan.
PIM PIM
"Nadya!" Panggil Jimin dari arah dalam kereta. "Masuklah!"
"Hello!" Jerit Nadya dan terus masuk ke dalam kereta mewah milik Jimin.
"Lama ke tunggu?" Tanya Jimin.
"Tak lama."
"Tadi saya ambil kereta kat parking. Tu lambat sikit."
Oh, tak tanya pun. Bisik Nadya dalam hati.
"Okay, seatbelt please." Kata Jimin.
"Kita nak gi mana?" Tanya Nadya sambil memasang tali pinggang keledar.
"Somewhere. Takpe, selamat punya."
"Okay."
---
"Nak beli apa eh, lambat lagi nak jumpa Taehyung." Bebel Anis di hadapan kaunter kantin. Inilah kawan. Bila kawan ajak gi kantin, tak nak. Tapi dia sendiri yang pergi sorang-sorang.
"Cekodok lah." Anis pun ambil dan bayar lalu berjalan pulang ke rumah. Tak jauh pun.
Tiba-tiba.
Bersambung.
Okay maaf. Ni bukan sinetron.
WOOSH
Diri Anis hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang bergerak laju. Ya, itu kereta Jimin.
"Eh, bodo punya kereta fak of-" carutan Anis terhenti apabila nampak Taehyung sedang berjalan ke arahnya. "Nasib aku tak carut kuat."
"Eh, hi Nis." Tegur Taehyung.
"Hello, Taehyung."
"Jomlah kita gi restoran tu terus. Alang-alang dah jumpa kan?"
"Ha mari."
---
"So?" Tanya Aishah yang duduk di hadapan Jungkook.
"Kita buat tajuk senang-senanglah. Sistem reproduktif manusia ke? Pasal haid ke?" Cadang Jungkook.
Selamba badak dia je tanya macam tu. Kata Aishah dalam hati.
"Umm, takde tajuk lain ke?" Aishah cuba control keayuan dia depan Jungkook. Maklumlah, depan crush la katakan.
"Jap, Kook gi tengok kat rak sana. Mana tau dapat idea." Lalu Aishah pun mengangguk.
Disebabkan berasa tak selesa dengan pandangan dan jelingan yang diterima daripada fangirl Jungkook, Aishah pun tak lepas daripada menjeling ke arah mereka.
YOU ARE READING
Hold Me Tighter
Fanfiction[ Jilid Satu ] Pernah tak jumpa orang yang hidup dia sendu sangat sampai pergi prom pon bawak kadbod bergambar crush mereka? Namun, takdir mereka berubah apabila bertemu dengan crush mereka saat prom dan bermulalah kisah mereka berenam. Inilah kisa...