10

66 10 0
                                    

"Oh mak kau!" Jerit Nadya semasa baru nak masuk rumah. Dah kenapa minah ni?

"Hello, noona!" Jerit budak lelaki yang sedang memeluk erat pinggang Nadya.

"Err... Hello. Jimin, ni adik awak ke?"

"Hehe, lupa nak bagitau. Ye, ni adik saya. Jihyun."

"Kamu dah makan ke?" Tanya emak Jimin. "Mari la makan sama-sama."

Dah lapar, takkan nak tolak kot? Nadya pun dengan tak malu tersengih dan menghampiri bahagian dapur.

Selepas makanan dah dihidangkan, Jimin mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Nadya duduk berhadapan ibu Jimin dan di sebelah Jihyun.

"Ma, ni Kim Nadya."

"Jimin, kamu jarang tau nak bawa kawan balik. Lagi-lagi, perempuan kan."

"Hehe, kitorang ada projek Finals."

"Projek Finals ke ada projek lain?" Emak Jimin mengusik.

"Mama nih!"

"Noona suka Abang Chim ke?" Tanya Jihyun secara tiba-tiba. Mereka sekeluarga memandang Nadya tanpa mengedipkan mata.

"Takkan aku nak cakap yang aku cintakan Jimin from the moon and back kuat-kuat?" Jerit Nadya dalam hati.

"Err... Mari makan dulu?" Nadya mengelak daripada menjawab soalan itu dan Jimin kelihatan sangat hampa apabila soalan itu dielak untuk dijawab.

---

"Syok study berdua-duaan semalam?" Usik Edros kepada mereka betina bertiga. Mereka bertiga hanya buat tak tahu dan mengendahkan pertanyaan dugong tu.

"Orang tanya jawabla. Bish betul!" Bebel Edros.

Nadya pandang Anis. Anis pandang Aishah. Aishah pandang Nadya. Dalam sekelip mata, mereka sudah berada di baling langsir untuk mesyuarat tingkap mereka.

"Amacam korang?" Tanya Nadya.

"Kami tak study pun." Jawab Anis selamba.

"Same!" Jerit Nadya dan Aishah serentak.

"Korang 'study' kat mana? Aku pergi restoran ngan Tae." Kata Anis.

"Library je. Weih syok doh usya lengan berurat otot Jungkook Ya Tuhanku. Kau Nad?" Tanya Aishah pula.

"Aku.. emm... Pergi rumah dia."

"ALLAHUAKBAR INGAT TUHAN NADYA!" Jerit Aishah.

"SABARLA AKU TAK HABIS CAKAP LAGI!"

"Oh sori."

"Aku makan kat rumah dia. Then aku main-"

"KAU MAIN APA NADYA?" Jerit Anis pula.

"SABAR BOLEH TAK. Aku main ngan adik dia. Darjah 3. Comel!"

"Oh."

KRING!

"Jom rehat!" Laung Nadya.

Selepas keluar dari kelas, tiba-tiba kawan mereka menghampiri mereka.

"Nad, boyfriend kau kan?" Nadya pun memandang ke bawah dan terlihat Syafiq.

"SYAFIQ!" Jerit Aishah dan terus melarikan diri.

"WOI HANAT KAU AISHAH!"

Syafiq yang masih memandang kerenah mereka hanya membuat ekspresi sombong.

"Sombong eh sekarang! Orang tegur tak nak tegur balik!" Jerit Nadya dari tingkat 3 iaitu tingkat di mana kelasnya berada.

Syafiq hanya tersengih dan blah.

Hold Me TighterWhere stories live. Discover now