"Okay, sekumpulan murid sekolah kita telah menyertai program khas pelajar cemerlang. Dijemput murid-murid tersebut untuk menerima sijil penyertaan dan hadiah." Kata cikgu Aziz.
"Ahmad Norsyafiq." Syafiq dengan bangganya berdiri dan menuju ke pentas.
Dia boleh pula tersadung depan pentas. Ha itulah, nak biar Nadya tersadung, biar kau yang cium lantai dulu.
Nama mereka satu persatu diumumkan dan mereka pun bangun untuk mengambil hadiah.
Apatah lagi bila nama maknae BTS diumumkan, pelajar perempuan histeria, memekik nama diorang.
Selepas dah berbaris untuk mengambil gambar, cikgu menghalang mereka daripada duduk.
"Untuk pengetahuan anda semua, mereka akan keluar di national TV bersama penampilan khas, Chen dari kumpulan EXO." Kata Cikgu Aziz. Cikgu bukannya tau apa pun, dia baca je teks yang dia dapat.
"Ada anugerah istimewa juga. Saya akan bacakan." Sambung cikgu.
"Pemenang aktiviti pertama, Nadya. Pemenang aktiviti kedua, Anis dan Taehyung. Murid paling bekerja keras, Jungkook." Cikgu membelek satu lagi helaian kertas.
"Ni kategori tak dapat hadiah. Murid paling bising, Aishah dan Edros. Murid asyik nak gaduh, Syafiq dan Jimin. Murid paling tak bekerjasama, Alia dan Arif. Sekian."
Anis dengan selambanya merampas mikrofon. "Hi semua. Saya nak share pengalaman. Kami hampir tak dapat balik sebab cikgu Aziz hampir terlanggar lembu melintas. Nasib selamat."
"Dan yang paling terkejut, lembu yang dilanggar itu ditunggangi seseorang." Sambung Aishah pula.
"Iaitu Edros." Sambung Nadya.
---
"Gempak seyh Edros tunggang lembu." Puji rakan-rakan sekelas mereka.
"Gempak lagi Cikgu Aziz elak weh. Kalau tak, memang si Edros tu dah ada 6 kaki bawah tanah dah." Jawab Nadya.
"Jap, kenapa 6 kaki?" Tanya Aishah.
"Alah, ini kan perumpamaan orang dewasa. Takkan tak tau?" Tanya Anis lalu memukul peha Aishah.
"Ish, Anis takyah pukul!" Aishah pun memukul balik.
Maka, mereka pun berbalas pukulan sampai ke alam barzakh.
K gurau.
"OI!" Jerit Nadya.
"Anis tak abis-abis nak pukul. Boleh tak kawal sikit tangan tu. Kalau gatal suruh la Taehyung garukan."
Taehyung yang khusyuk tidur kat kelas sebelah tersedak.
"UHUK UHUK UHUK." Selepas mengelap air liur basinya, dia sambung tidur.
"Aish, maksu ni!" Jerit Anis pula.
"Aku bukan maksu engkaulah!" Jerit Nadya lagi.
"Haa? BAKSU!" Jerit Edros entah datang dari mana pun tak tau. Biasalah, takle move on dari konsert Monsta ABC. Bhatho tak datang konsert, itulah murung semacam.
Tak tau siapa Bhatho?
Wonho Monsta X.
Won kan mata wang Korea.
Bhat mata wang Thai.
So, Bhatho.
Ke nak Ringgitho?K tak lawak eh. Pergi mampus la.
"Nad, apa maksud 6 kaki bawah tanah tadi?" Tanya Aishah.
"Ish, takkan tak tau." Anis mencelah.
"Ha kalau kau tau, apa maksud dia?" Tanya Nadya.
"Macam bilik rahsia bawah tanah en?"
"Mengong. Maksudnya kubur la."
YOU ARE READING
Hold Me Tighter
Fanfiction[ Jilid Satu ] Pernah tak jumpa orang yang hidup dia sendu sangat sampai pergi prom pon bawak kadbod bergambar crush mereka? Namun, takdir mereka berubah apabila bertemu dengan crush mereka saat prom dan bermulalah kisah mereka berenam. Inilah kisa...