24

36 8 2
                                    

"Korang," panggil Aishah.

"Ape." Balas Anis dan Nadya.

"Aku sayang korang!"

Mereka terkejut. Siap ada sound effect kentut lagi dari jauh.

"Kau Yhoga ke? Kau rasuk Aishah ke setan!" Jerit Nadya.

"Bismillah. Allahummabariklana fimarazaktana wakina azabannar. Allahuakbar!" Anis melekapkan tapak tangannya ke kepala Aishah.

"Babi la."

---

"Sekolah tinggal final semester. Seminggu je lagi. Memang confirm la tak belajar kan. Nak buat apa hah?" Tanya Anis yang tak reti nak duduk diam.

"Dahlah kau tu AJK aktiviti senior. Ada idea tak?" Tanya Aishah.

"Eh jom buat macam Annual Award." Cadang Nadya.

"Award camne?" Tanya Aishah.

"Alah cam award drama ke music tapi kita create category sendiri. Nak?" Tanya Nadya.

Tiba-tiba satu kelas menjerit 'nak!' serentak.

"Aik kuat sangat ke aku cakap." Bebel Nadya.

"Aku buat category, then nanti korang bagi nama calon. Kita buat kat dewan nanti macam dinner." Sambung Nadya lagi.

"Apa yang kitorang boleh tolong?" Tanya Aishah. Aik pahal buang tebiat nak tolong.

"Hubungi semua wartawan TV dan minta kebenaran diorang rakam majlis tu nanti." Kata Nadya.

"Seriusla."

"Tak, guna je lah junior dari kelab fotografi. Jimat kos. Takyah bayar upah."

"Suka hati kau je cakap. Bukannya kau pengerusi kelab tu pun."

"Shhhhh." Nadya membuat isyarat untuk senyap sambil mengeluarkan buku nota rahsianya. Bukannya apa, ada idea buku yang dia tengah tulis. Taknak la spoil.

"Kau tau kan Syafiq ada jawatan dalam kelab tu." Tiba-tiba Edros menyampuk.

"Ugh. Biarlah. Dia dah move on kan." Kata Nadya.

"Nanti aku tanyalah cikgu-cikgu kalau diorang benarkan." Sambung Nadya. "Aku suruh korang, nak cakap pun tak reti. Takut tiba tiba dapat parkinson tak nak lah aku pula disalahkan."

"Kau je la paling berani." Kata Anis.

"Tau kan aku ada panic attack."

"Gebang lebih."

"Kau tak tau. Bapak aku suruh beli karipap pun aku dah menggeletar."

"Hmm whatever."

---

Cepat sungguh masa berlalu. Malam ni merupakan malam terakhir mereka akan berjumpa. Untuk majlis perpisahan istimewa.

Disebabkan rakan mereka ada kenalan dengan model Gucci, Kim V, maka mereka ditaja untuk menyewa sebuah hall besar dan mewah.

Cam kenal je em em

"Cantik lah korang malam ni." Puji Nadya kepada betina lagi dua ekor melalui telefon.

"Kau kat mana? Backstage?" Tanya Aishah.

"Iya. Dah lama tak jadi MC ni. Last jadi waktu talk show takkan tak tau."

"Sorang?" Tanya Anis pula.

"Tak. Ada lagi dua. Eh dahlah aku kena get ready dah ni. Tata titi tutu." Nadya pun meng endkan call dan mengemaskan bajunya.

Hold Me TighterWhere stories live. Discover now