I lift my hands and pray to be only yours
Mata yang merenung masih statik tidak berkedip. Barangkali terlalu leka merenung. Rasa yang hadir, semakin berbunga-bunga membentuk taman di hati.
I can't get enough of him.
I'm so obsessed...
with him, perhaps.
Telapak tangan yang masih elok memangku dagu hampir sahaja tergelincir jatuh kerana terpesona melihatkan si pujaan hati yang sedang sibuk memasak di dapur itu.
Aww so hot gitu.
Automatik, bibirnya menguntum senyum nakal.
Haura sedar manusia di hadapannya ini sedang sibuk membebelkan sesuatu itu dan ini, namun patah bicara tersebut hanya mampu menembusi lubang telinganya tanpa menempelkan sedikit pun informasi di kotak ingatan. Malah, seulas bibir miliknya masih tidak letih mengukirkan senyum bahagia.
Kadang-kadang, tersengih macam kera pun ada. Siapa tak tersengih kalau dapat tatap encik tunang si pujaan hati.
"--- akhir sekali barulah masukkan ayam"
Kepalanya hanya mengangguk bagi mengiakan apa jua patah bicara manusia tersebut tanpa memberi fokus pada isinya.
Haura terlalu tenggelam dengan dunianya. Melihatkan wajah insan yang dirinduinya ini sudah cukup membuatkan dia sasau tidak tentu arah.
Am I falling too deep... already?
"Haura?"
Haziq berpaling sebentar ke arah Haura yang masih merenungnya. Dia perasan gadis itu tidak memberikan sebarang fokus pada sesi pembelajarannya.
"Kacak sangat ke muka saya ni sampai awak tak lepas pandang saya" segaris senyuman mula terukir di hujung bibirnya sebelum menarik kembali fokusnya pada ayam masak merah di dalam kuali.
"Hmm..." Haura menggumam perlahan tanpa sedar. "Kacak sangat"
Tawa Haziq memecahkan suasana. Serta-merta Haura menegakkan tubuhnya di atas kerusi apabila tersedar dia berilusi lagi. Dia sendiri tidak sedar sudah sejauh mana dia berangan. Mungkin sudah sampai ke zaman mempunyai cicit bersama Haziq barangkali.
"Kenapa awak ketawa tiba-tiba ni?"
"You look funny bila berangan. You look totally lost in your own world. Apa jua yang saya katakan, awak iyakan saja" sisa tawa Haziq masih kedengaran.
Haura mengurut perlahan belakang tengkuknya apabila rasa malu mula menyelubungi diri. Darah mula menyerbu ke permukaan kulit mulus nya sehingga menjelaskan warna kemerah-merahan di wajah putih itu.
"Mana ada saya berangan. Saya fokus dengar awak ajar saya step by step tau" Haura masih tidak mahu kalah. Dia perlu tutup ketelanjurannya tadi.
Haziq mengulum senyum mendengarkan jawapan gadis itu.
"Kalau macam tu, apa step kedua saya tadi?"
Haura terkedu sambil memproses kembali informasi di kotak ingatannya. Fikir punya fikir, dia mula sedar yang dirinya langsung tidak memberikan sebarang perhatian terhadap sesi pembelajaran tadi.
"Err- awak kata tadi- err...ayam- apa erk, saya lupa la--" Haura mula tergagap untuk menggoreng tapi malangnya dia tiada modal untuk menggoreng apatah lagi merebus.
Merebus?!
"Tengok tu, baru sekejap saya tegur, awak dah berangan balik. Apa lah yang awak sedang fikirkan ni, Haura?" tawa kecil Haziq meletus lagi.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...