Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu¥¥
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan bagi meredakan debaran yang begitu menggila. Beberapa jam sahaja lagi, status dirinya akan berubah dari seorang 'anak dara tua' kepada isteri orang. Memikirkan itu sahaja membuatkan hati Haura semakin tidak keruan.
"Put, pukul berapa sekarang?" Haura bertanya dalam nada cemas.
Puteri yang masih sibuk merapikan make up di wajah cantik sahabatnya itu mula mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya.
"Dah pukul 12.30pm. Kejap lagi sampai lah bakal suami kau tu. Kau rileks sikit, please. Cuak semacam je aku tengok" Puteri menggeleng kepala melihatkan sikap gelabah Haura.
"Ha yang kau ni pun satu, Dieba. Elok betul kau landing atas katil pengantin erk! Bangun cepat!" Puteri mula membebel saat matanya mula menangkap Dieba elok sahaja berbaring di atas katil sambil kaki terjulur ke bawah.
"Alahh...aku teringin juga nak rasa baring atas katil pengantin. Lain lah kau Put, pengantin lama" Dieba cuba berdalih.
"Tak kira pengantin lama ke baru, bangun aku kata!" Puteri segera menarik tangan Dieba agar bangun dari katil. Sikap gadis itu yang terlalu selamba kadang-kadang merunsingkan kepalanya. Patut sahaja tiada seorang pun lelaki yang mahu melekat dengan gadis itu. Tomboi sangat!
Haura hanya mampu tertawa kecil melihatkan gelagat sahabatnya. Sekurang-kurangnya terubat sedikit rasa gundah yang bersarang di hatinya.
"Biarlah Dieba nak baring. Dia penat tu" Haura masih dengan sisa tawanya.
"Ha dengar tu! Pengantin pun bagi. Kau pulak sibuk tak bagi, Put!" Dieba menjelirkan lidah ke arah Puteri sebelum membenamkan tubuhnya ke atas katil semula.
Puteri menjegilkan matanya sebelum menarik telinga sahabatnya itu agar bangun kembali. "Kau nak aku sumpah kau tak kahwin sampai bila-bila ke? Kalau taknak, baik kau bangun sekarang!" Puteri mula menyinga.
Terkial-kial Dieba cuba menepis tangan Puteri sambil mengadu sakit. "Ok, ok fine aku bangun!"
Haura hanya mampu tersenyum bahagia melihatkan kerenah mereka berdua. Hatinya mula terdetik adakah kebahagian yang dia rasai saat ini akan kekal ataupun berakhir sebaik sahaja dirinya bergelar isteri?
Hatinya semakin gusar saat memikirkan semula penerimaan Haziq atas perkahwinan ini. Adakah dia mampu bahagia dengan lelaki itu?
Haura menggelengkan kepalanya perlahan apabila mula teringat kembali akan tujuan sebenar dia mengahwini lelaki itu. Dia tidak mengharapkan sebarang balasan melalui perkahwinan ini, cukuplah dia mampu memulihkan semula jiwa lelaki itu yang sudah rapuh musnah.
Puteri dan Dieba yang sedari tadi sibuk berperang mulut mula perasan sahabat mereka yang tiba-tiba saja sepi dan termenung jauh.
Dieba mula menyinggul pinggang Puteri di sebelah.
"Hei, Haura. Kau ok tak ni? Nampak tak sihat" Dieba mula bertanya prihatin.
"Kalau kau nervous, selawat banyak-banyak. Biasalah tu perasaan nak jadi pengantin baru. Aku dah rasa dah" Puteri menyampuk sambil tersengih.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...