Sunyi. Hanya bunyi kipas yang memenuhi ruang tamu itu. Masing-masing membisukan diri daripada pertelingkahan yang berlaku sebentar tadi.
Kedengaran dengusan lembut dilepaskan Haziq.
"Haziq beritahu semua orang tentang ni bukan untuk kita semua bergaduh tapi cuma untuk minta sokongan saja"
"But still, abang...mana abang nak dapat duit banyak tu. Modal untuk dirikan pusat tuisyen bukan sikit tau, dengan gaji untuk guru-guru tu lagi abang kena fikir" Ayra membidas.
Khadijah yang mendengar hanya mampu diam. Tidak tahu mahu membela yang mana. Ada benarnya kata-kata Ayra tersebut, dengan kerjaya Haziq yang tidak seberapa itu, besar mana duit simpanan yang dia ada untuk dikeluarkan sebagai modal.
"Benda tu boleh settle lah, Ayra. Abang boleh buat loan"
"Abang pasti ke abang boleh buat loan lagi? Dengan loan kereta dan rumah abang, you will have so much burden later. Lagi-lagi abang dah nak kahwin tau. Tak fikir ke nak menyimpan duit for future?" kedengaran hebat dan padat nasihat yang diberikan Ayra.
"Ada betulnya kata adik kamu tu, nak. Tak salah kamu berniat nak buka pusat tuisyen tu tapi kewangan kamu belum mengizinkan. Mungkin kena tunggu sepuluh tahun lagi, bila simpanan kamu dah betul-betul cukup" Khadijah mula berpihak dengan anak gadisnya.
"Tapi umi, Haziq dah betul-betul bersedia untuk terima apa jua risikonya. This has been my dream for a long time ago. Umi sendiri tahu impian Haziq is to be an entrepreneur not being a teacher"
"Ye umi tahu. Semua orang tahu, Haziq. Masalahnya sekarang cuma satu, iaitu kamu masih kekurangan modal. Kita tak boleh bergantung dengan hutang yang beratus ribu macam tu. Nanti Haziq sendiri yang terbeban"
"Please umi. Just for this matter, please trust me. Haziq tahu apa yang Haziq nak buat, umi. Haziq akan tanggung segala risikonya di kemudian hari" Haziq masih berpegang dengan pendiriannya.
"Abang memang betul-betul degil tau. Susah nak terima nasihat orang. Suka hati abang la, Ayra taknak masuk campur urusan abang. You have made up your mind about this, so no need to ask for our permissin to do so" kata-kata Ayra begitu pedas menampar pendengaran Haziq.
Sudah lama Ayra tidak berpuas hati dengan sikap abangnya yang suka sangat mendesak orang lain untuk bersetuju dengan kemahuaannya.
"Umi, Ayra terpaksa pergi sekarang. Ayra dah janji dengan housemate Ayra nak bawa dia keluar" Ayra meminta diri sebelum menghulur tangan kepada uminya untuk bersalam.
Abangnya di hadapan hanya dijeling sekilas lalu beredar dari situ dengan perasaan sebal melihatkan sikap degil abangnya itu.
Haziq tahu adiknya cuma mahu yang terbaik untuknya namun dia tidak mampu menangguhkan lagi keinginannya tersebut. Dia perlu melunaskan impiannya secepat mungkin dan barulah hatinya merasa puas.
"Haziq minta maaf, umi. Haziq harap sangat umi dapat faham situasi Haziq sekarang. Haziq cuma-"
Kata-kata Haziq segera dipintas Khadijah dengan senyuman segaris.
"Takpe, umi faham. Umi izinkan selagi Haziq yakin dengan diri Haziq. Umi tahu dan percaya Haziq boleh laksanakan niat Haziq tersebut dengan sempurna. Cuma...Haziq dah bincang dengan Haura?"
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...