Haziq bersandar pada pagar balkoni sambil mendongak memandang langit. Langit gelap tanpa bintang. Segelap hatinya tanpa sinar.
Hujung minggu namun terasa seperti tiada makna apabila dirinya ditinggalkan bersendirian di rumah. Sejak pagi isterinya keluar tidak pulang-pulang. Perbualan pagi tadi kembali terlayar di ruang ingatan.
"Saya nak minta izin untuk cari Fateh. Saya cuma nak tolong mummy cari dia" Iris meminta izin sambil menunduk takut.
"Kenapa perlu Iris? Polis kan ada?" Haziq bertanya dengan riak tidak berpuas hati.
"Fateh dah pesan jangan libatkan polis. Saya rasa bertanggungjawab atas semua ni. Saya perlu perbetulkan apa yang boleh dibetulkan. Tolong izinkan saya"
Tidak berguna jika dia terus menghalang jika Iris masih nekad untuk mencari lelaki itu. Akhirnya dia hanya membenarkan walaupun hatinya sakit diasak cemburu. Cemburu apabila isterinya seolah masih mencintai bekas suaminya itu.
Saat dia mengelamun melayan perasaan, pintu bilik kedengaran terkuak dari luar. Sebelum menoleh ke belakang, bibirnya terlebih dahulu berbicara.
"Dah tak dapat beza petang dengan malam ke?" dipalingkan tubuhnya sebelum merenung tepat pada isterinya.
Iris menghelakan nafas berat saat disoal dengan soalan sarkastik tersebut.
"Saya minta maaf sebab balik lambat" Iris meminta maaf kerana sedar yang dia salah. Dia berjanji untuk pulang pada waktu petang namun sebaliknya dia telah pulang pada jam 12 malam.
"Senang je. Maaf" Haziq berkata sinis sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.
"Saya tiada mood untuk bergaduh malam ni, Haziq. Saya penat" Iris menjawab malas sambil menanggalkan tudung yang kemas tersarung sejak pagi tadi. Sungguh melemaskan.
"Tiada mood sebab penat ke sebab kecewa tak jumpa lagi buah hati awak?" Haziq semakin mengasak Iris dengan soalan sarkastiknya.
"Enough Haziq. Saya tak suka perangai awak yang cemburu buta tak bertempat" Iris sedikit menekan nada biacaranya.
"Saya bukan cemburu tapi itu hakikat sebenar. Hakikat yang awak cuba deny. Lepas tu, saya jadi mangsa awak. Tak gitu?" Haziq semakin mendekati isterinya yang sedang berdiri tegak di hadapan meja solek.
"The only reality is I'm your wife not his! Stop being prejudice" Iris menahan rasa di dada apabila dirinya berterusan dituduh.
Haziq mula merapati dan berdiri betul-betul di belakang tubuh isterinya. Iris dapat merasakan dengan jelas nafas lelaki itu menderu pantas di sebalik cuping telinganya sehingga menghadirkan rasa debar di dada.
"Then prove to me that you're my wife. Only belong to me" Haziq mula melingkarkan lengan pada abdomen isterinya.
"Saya cintakan awak Iris... I beg you, please love me back" kedengaran sedikit sayu dan penuh pengharapan rayuannya.
Rangkulannya serta-merta dileraikan oleh Iris. Terlepas keluhan kecil pada seulas bibirnya. Dia tidak pasti selama mana lagi dia harus bersabar dan menunggu untuk membuatkan wanita ini benar-benar jatuh hati padanya.
"Am I a toy to you, Iris?" Haziq menahan rasa yang menghimpit sebak. "Untuk awak jayakan ego awak pada Fateh?"
Iris cuba beristighfar di dalam hati. Sungguh dia tidak mahu bergaduh lagi mengenai hal yang sama. Selama mereka berdua berkahwin, topik pergaduhan yang sama sentiasa berulang-ulang.
Mereka berdua sepatutnya memikirkan bagaimana cara untuk mengharmonikan rumahtangga mereka dan bukannya bersikap prejudis dengan tidak mempercayai antara satu sama lain.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...