KYD 6 ¦

4.6K 471 74
                                    

"Abang pergi mana sebenarnya?"

"Pergi mana pula? Abang baru je habis mengajar" Haziq menjawab malas pertanyaan Ayra tersebut sambil menyelak buku latihan anak-anak muridnya.

"Tahu lah abang sibuk sejak akhir-akhir ni, tapi takkan lah Kak Haura call pun abang tak boleh nak angkat?" Ayra mengomel geram.

"Phone abang habis bateri" Haziq memberi alasan sepatah.

"Tak kan lah dari malam semalam phone abang mati. Agak-agak lah nak menipu. Kesian Kak Haura, dia risaukan abang. Sampai Ayra ni pun dia call banyak kali sebab ingatkan abang jatuh sakit ke apa"

"Ayra cakap je abang sihat. Cuma busy sikit" mudah sungguh jawapan yang diberikan Haziq.

"Korang berdua ni kenapa? Selalu elok je. Tiba-tiba je jadi macam ni" Ayra cuba mengorek sesuatu.

"Overthinking. Kami berdua biasa je"

"Hai korang, saya nak balik dulu ye"

Ayra dan haziq serentak itu menoleh ke arah pintu.

"Awak dah nak balik ke Iris? Marilah saya hantarkan" Haziq segera mengemas buku-buku yang berselerakan di atas meja.

Berkerut dahi Ayra sampaikan keningnya bertaut. Pelik melihatkan abangnya jadi kalut tiba-tiba untuk pulang. Tadi bukan main kata tak nak balik dulu sehingga selesai menanda.

"Abang siapkan jelah kerja abang dulu. Ayra boleh hantarkan Iris balik"

"Tak payah lah susah-susah korang. Teksi kan ada" Iris segera menegah kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"No way. Dah malam ni, bahaya kalau seorang gadis naik teksi. Ayra pulak, lebih baik balik rumah terus. Bahaya malam-malam macam ni nak drive berulang-alik"

"Maaf sebab dah menyusahkan awak Haziq" Iris semakin serba-salah.

Haziq hanya tersenyum manis dan mengangguk. "Dah jom"

Baru sahaja beberapa langkah diatur, kocek seluarnya mula bergetar tanda ada pesanan ringkas masuk pada telefon bimbitnya. Segera dikeluarkan dan dibaca isi mesej tersebut.

Hmm Haura.

Haziq kedengaran sedikit mengeluh.

Mesej tersebut dibaca sekilas tanpa riak sebelum diseluk kembali ke dalam kocek seluar seolah-olah tiada apa yang penting mengenai isinya.

"Ada apa-apa masalah ke, awak?" Iris bertanya setelah melihatkan lelaki itu tiba-tiba sahaja menghentikan langkahnya.

"Err, takde apa yang penting pun" Haziq segera mengelak. "Mari"

___

Senyuman Haura melebar luas saat matanya menangkap kehadiran sang pujaan hati yang sedang melangkah ke arahnya. Lelaki yang kelihatan segak itu direnung penuh minat.

"Hai awak"

"Hai" Haziq menjawab pendek seraya menarik kerusi di hadapan Haura.

[TERBIT] Kalam Yang Dinanti Where stories live. Discover now