Imbas KembaliJam yang terikat di pergelangan tangan
dipandang sekilas sebelum keluhan berat dilepaskan. Jika diikutkan rasa marahnya saat ini mungkin segala carutan bakal terbit dari bibirnya.Cahaya matahari yang begitu terik semakin memarakkan lagi api di hatinya. Peluh yang merenek keluar juga mula mengalir dari dahi hingga ke leher jinjangnya. "Buat aku hilang sabar lah bas ni! Dua jam delay ni"
Bibir masih tidak berhenti merungut geram. Dia faham kelewatan bas ini disebabkan kesekakan lalu lintas yang disebabkan oleh sambutan Tahun Baru Cina namun dia tidak boleh menerima kenyataan jika dia perlu menunggu beberapa jam lagi.
Haura mula rasa tidak selesa apabila peluh semakin membasahi tubuhnya. Dia mula rasa melekit seluruh badan dan mula mengalah untuk menunggu lagi. Terasa lebih rela untuk terus tinggal di universiti dan tidak perlu pulang ke rumah. Tidak kisah lah jika dia terpaksa duduk berseorangan di sana sedangkan rakannya lain sudah bersenang-lenang di rumah.
Topi adidas berwarna pink yang dipakai di atas kepala segera ditanggalkan dan dijadikan kipas bagi meredakan sedikit rasa bahang yang menyengat kulitnya. Getah rambut yang mengikat kemas rambut panjangnya juga dilurutkan dan dikibar agar angin dapat menembusi kulit kepala.
Terminal bas kecil dan terbuka ini tiada pendingin hawa mahupun kipas. Terpaksa lah penumpang-penumpang bas sama-sama terkandas dalam kepanasan.
Haura memakai topi Adidasnya kembali tanpa mengikat semula rambutnya. Dia mula berpeluk tubuh sambil menayangkan wajah cemberut.
Sekarang ini, dia bukan setakat menahan rasa bahang yang merismaskan tetapi dia juga kepenatan kerana terpaksa berdiri sejak dua jam yang lepas. Kesemua kerusi di sini sudah diduduki manusia. Boleh tertanggal lututnya jika perlu menunggu untuk beberapa jam lagi.
Ada satu hal lagi yang membuatkan Haura tidak selesa. Bukan semata-mata kerana cuaca yang terik tetapi ada sebab lain. Dia perasan dirinya sedang ralit direnung oleh seseorang sejak tadi cuma dia malas untuk menoleh pada mata yang merenungnya tajam.
Haura sudah terbiasa dengan situasi ini kerana ke mana jua dia pergi, dirinya pasti menjadi perhatian para lelaki mahupun wanita. Di universiti sahaja, sudah berapa ramai jejaka yang cuba untuk mendekati namun tiada seorang pun yang dilayannya.
Akibat terlalu rimas dengan renungan yang diterima, dengan berani Haura menghalakan pandangannya pada si perenung.
Saat mata mereka berdua terkunci, si perenung lantas terkesima lalu menunduk laju. Mungkin malu kerana perbuatannya terkantoi busuk.
Haura tersenyum sinis seraya memalingkan semula wajahnya ke hadapan. Entah mengapa seperti ada magnet yang menarik dirinya untuk memandang semula pada jejaka itu. Hujung matanya seolah mencuri pandang pada jejaka tadi tanpa dia sedar bibirnya mula menyungging senyum kecil.
Handsome tapi pemalu. Comel!
Haura mula bermonolog sendiri. Jujur, ini buat pertama kali dia seolah 'berminat' dengan manusia bernama lelaki. Selama ini rakan-rakannya gemar mememangilnya lesbian kerana tidak pernah bercinta walaupun suduh berpuluh-puluh jejaka cuba merebut hatinya.
Lagipun dia tidak biasa berkomunikasi dengan lelaki selain abahnya memandangkan dia bersekolah di sekolah semua perempuan sejak di sekolah rendah lagi.
Namun, ada sesuatu yang begitu menganggunya saat ini. Haura jadi pelik dengan dadanya yang tiba-tiba sahaja berdebar kencang. Debaran yang berpunca dari pandangan yang bertembung sebentar tadi benar-benar membuatkan dirinya kelu sebentar.
Dah kenapa dengan aku ini? Mamat tu santau aku guna panahan cinta ke?
Haura mula mengetuk kepalanya kerana mula berfikiran yang bukan-bukan.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...