Walau tak sempurna
Kisah di antara kita berdua
Biarlah takdir menentu segala¥¥
Haura tersandar lemah pada dinding sambil melepaskan keluhan kecil. Dadanya yang berdegup hebat sebentar tadi kembali stabil mengatur nafas. Matanya kembali merenung sekujur tubuh yang masih lena di atas katil hospital tersebut. Melihatkan wajah pucat itu begitu meruntunkan hati perempuannya.
Selama sepuluh tahun dia mengenali Haziq, ini bukan pertama kali lelaki di hadapannya ini jatuh pengsan secara tiba-tiba. Haura sudah terlalu lali dengan sikap lelaki itu yang suka mengabaikan kesihatan jika dirinya sedang tertekan menghadapi sesuatu masalah.
Sebentar tadi, doktor menyatakan bahawa Haziq cuma demam panas dan tubuhnya sangat lemah kerana kekurangan rehat. Doktor menjangkakan bahawa Haziq tidak mengambil tidur yang cukup dan mungkin mengelami tekanan yang teruk sejak beberapa hari ini. Mendengarkan itu, naluri hatinya mula berdetik tidak enak. Adakah ini petanda bahawa lelaki itu bakal mengalami kisah yang sama sekali lagi?
Apa sebenarnya yang awak sedang lalui, Haziq?
Haura menghampiri tubuh yang terbaring lemah itu sebelum melekapkan belakang tangannya pada dahi lelaki itu.
Panas.
Tangannya ditarik segera apabila tubuh itu mula bergerak-gerak. Haura hanya memerhati mata yang terpejam rapat itu sedang mencuba untuk terbuka.
"Haziq, are you okay? Feeling dizzy?" Haura terlebih dahulu bertanya prihatin.
Haziq cuba membuka matanya yang begitu memberat. Berkerut-kerut dahinya cuba menerima cahaya yang menerebos terus ke kornea matanya.
"Haura?"
"Awak pengsan tadi. Jangan risau, doktor kata awak cuma kurang rehat"
Haziq mengangguk lemah. Diangkat kepalanya lalu menyandarkan tubuh pada kepala katil hospital.
"Terima kasih sebab bawa saya ke hospital. Nasib baik awak ada tadi"
Haura hanya mengangguk perlahan.
"Ada sesuatu berlaku ke yang membuatkan awak tertekan? Mind to share?"
Haziq membekukan diri buat beberapa saat sebelum matanya merenung lembut sepasang anak mata Haura. "Tiada. Saya mengaku yang saya kurang tidur sejak beberapa hari ni"
Haura turut membalas renungan mata lelaki itu. Dia dapat membaca melalui renungan itu bahawa Haziq ingin menyatakan sesuatu yang berbeza daripada apa yang dituturkannya sebentar tadi.
"Saya tahu apa yang berlaku" Haura berkata senafas. "Saya ada terjumpa Ayra sebelum ni and she told me everything"
Wajah Haziq serta-merta berubah riak. Mukanya merah padam seolah menahan sesuatu yang membara dalam dirinya. "What?"
"Awak janganlah marah Ayra. Saya pun tak judge apa-apa cuma..."
"Cuma apa?" Haziq menahan getaran pada nadanya.
"Jika awak rasa terseksa dengan perkahwinan ini, lebih baik awak lepaskan dia Haziq. Jika betul awak rasa tidak dihargai, lebih baik awak menarik diri terlebih dahulu sebelum awak semakin terluka. Awak tak perlu terlalu mencuba jika awak sendiri tak mampu" tenang dan ikhlas Haura menasihati.
Haziq menarik senyum sinis.
"Sebelum ni awak nasihatkan saya untuk berusaha lagi tapi sekarang awak nak suruh saya berputus asa pula?" Haziq menjawab tegas. "Awak nak cakap saya bersalah dalam hal ni dan ini semua kifarah untuk saya?" Haziq mula tertawa sinis.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...