KYD 5 ¦

5.6K 459 33
                                    

"Ini ke tempatnya, Ayra?" Iris bertanya saat kakinya menapak di hadapan sebuah bangunan.

"Yup ini lah tempatnya. Tak nampak ke tu sign board tertulis 'Pusat Tuisyen Cemerlang'. Jom lah tunggu apa lagi." Ayra menoleh ke belakang seraya menarik tangan gadis itu agar turut melangkah masuk.

"Rasa berdebar pulak hati ni." Iris menjawab.

"Kau rileks ok. Bos kat sini bukannya orang lain. Abang aku je. Semua pengajar dekat sini aku kenal" Ayra cuba menenangkan.

Saat kaki melangkah masuk ke dalam pusat tuisyen itu, Iris menghelakan nafas penuh debar.

"Abang mana?" Ayra bertanya pada pekerja yang duduk di kaunter itu. Nampak gaya mereka berdua memang sudah lama kenal apabila pekerja itu faham siapa 'abang' yang dimaksudkan Ayra itu.

"Dia tengah mengajar. Tapi lagi sepuluh minit dia habis la tu" jawab pekerja itu.

"Ni Ayra kenalkan... kawan Ayra, nama dia Iris." Ayra memperkenalkan Iris kepada pekerja itu.

"Oh, ini ke Iris, cikgu baru dekat sini?" pekerja itu bertanya sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Iris.

Iris menyambut huluran tangan tersebut sambil mengukir senyuman kepada wanita yang kelihatan seperti 30-an itu. "Ye saya Iris, pekerja baru dekat sini. Harap cik dapat beri tunjuk ajar pada saya"

"Jangan ber'cik'dengan saya lah. Panggil je kak Wani. Akak cuma guru part time je dekat sini. Waktu hujung minggu je mengajar sini." Syazwani berkata ramah. "Ha, Iris duduk la dulu sementara tunggu abang si Ayra ni keluar"

Iris hanya tersenyum mengangguk seraya menghampiri notice board di dinding berhampirannya.

Iris memerhati satu persatu notis yang tertampal di situ sebelum matanya jatuh pada carta organisasi pusat tuisyen di situ. Saat matanya jatuh pada gambar seseorang, Iris menenyeh matanya berkali-kali.

"Ni macam-" persoalan Iris tergantung begitu sahaja saat suara Ayra mula merungut di belakang tubuhnya.

"What happened to you? Abang tak cakap apa-apa pun pada Ayra. Kenapa lebam-lebam macam ni?" Ayra bertanya risau sambil membelek-belek wajah abangnya yang baru keluar dari kelas mengajar itu.

"Takde apa la. Abang terjatuh je dua hari lepas" pemuda itu cuba menenangkan adiknya yang risau tidak bertempat itu. Inilah sebab mengapa dia malas mahu memberitahu adiknya sesuatu.

Iris yang masih membelakangi mereka berdua masih teragak-agak untuk berpusing.

Adakah...

"Iris! Buat apa lagi dekat situ. Ni abang aku, bos baru kau" Ayra memanggil Iris yang masih terpacak membaca papan tanda di situ, seolah-olah khusyuk sungguh.

Iris berpusing ke belakang perlahan-lahan, masih teragak-agak. Dilangkahkan kakinya satu persatu menghampiri mereka berdua walaupun wajah bos barunya itu masih belum jelas kelihatan. Bos barunya itu kelihatan sedang sibuk menulis sesuatu di kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum. Saya Iris Athiyyah" Iris memberi salam dan memperkenalkan diri dengan berani.

Pemuda yang sedang ralit mencatit sesuatu itu menjawab tanpa menoleh ke arah suara yang memberi salam.

"Waalaikumussalam. Awak ni kawan Ayra tu ye?" seraya itu barulah dia meletakkan pen di tangan dan menoleh.

Saat sepasang matanya jatuh pada seraut wajah di hadapannya, mulutnya seakan melopong.

"Iris?! A-awak ni Iris?" Haziq bertanya dengan nada tidak percaya.

Iris hanya mampu tersengih macam kerang busuk. "Hai Haziq. Tak sangka pulak awak bos saya" Iris malu-malu.

[TERBIT] Kalam Yang Dinanti Where stories live. Discover now