Imbas kembali
Nafas yang berhembus seolah tersekat di ruang udara apabila bangun sahaja dari tidur, Haziq merasakan dunianya kosong. Dia sendiri tidak pasti kelopongan hati yang dia rasakan ini membawakan makna apa.
Sewaktu matanya tercelik mencerna cahaya pagi yang terbias melalui tingkap bilik, dia dikejutkan dengan kehadiran umi dan Ayra di samping katil beradunya.
Mereka berdua mengucapkan syukur saat melihatkan wajah bingungnya waktu ini. Respon mereka berdua tersebut semakin membingungkan Haziq.
"Apa mimpi umi dengan Ayra datang bilik Haziq pagi-pagi macam ni?"
Mendengarkan soalan Haziq tersebut sedikit memeranjatkan Ayra dan Khadijah di situ.
"Abang...a-bang me-memang tak--"
Kata-kata yang yang ingin diungkap Ayra terputus begitu sahaja apabila uminya lebih cepat menarik tangannya menjauh dari situ.
"Ayra, kan doktor dah pesan..." khadijah bersuara lemah. Tubir matanya kembali berair seolah sedang menyimpan sesuatu yang membuku di dada. "Jangan tanya macam tu pada abang"
"Tapi umi...dia masih ingat kita berdua. Dia masih ingat diri dia. Tapi kenapa-"
Haziq yang hairan melihatkan kedua wanita itu berbisik di balik pintu mula bersuara.
"Ingat apa? Ada apa-apa yang Haziq terlupa ke hari ni?"
Riak wajah Khadijah mula memucat kerana bimbang jika anak lelakinya itu mendengarkan perbualan mereka berdua sebentar tadi.
Dibawa langkahnya menghampiri katil kembali.
"Takde apa. Kami saja nak tengok keadaan kamu sebab semalamkan kamu demam panas" Khadijah menjawab tenang.
Haziq mengerutkan dahinya cuba mengingat. Setahu dia, dirinya elok-elok sahaja semalam. Namun entah mengapa dia seperti ada terlupa sesuatu yang penting. Teramat penting. Disebabkan itu hatinya saat ini...terasa kosong.
"Demam panas?"
Ayra mengangguk laju bagi menutup ketelanjurannya. "Ye, abang demam panas dah seminggu, tak bermaya je Ayra tengok. Mungkin sebab tu kot abang lupa. Alhamdulilah kalau abang dah sihat hari ni"
Semakin berkerut dahi dan kening Haziq cuba mencari logik jawapan Ayra tersebut. Mustahil pula jika dia betul-betul terlupa tentang ini.
"Umi dengan Ayra keluar dulu la ye. Lega hati kami tengok demam Haziq dah kebah. Haziq berehat lah dulu, masih awal pagi ni"
Khadijah segera menarik lengan Ayra agar turut keluar dari situ sebelum anak perempuannya itu terlepas kata lagi.
"Ayra...hari ni ada apa-apa yang abang terlupa ke? Kenapa abang rasa macam ada something yang abang lupa?"
Khadijah dan Ayra menelan liur yang terasa pahit sebelum menoleh ke belakang semula.
Haziq melemparkan pandangannya tepat mengena pada adiknya yang sudah berubah riak itu. Dia semakin tidak faham dengan sikap umi dan adiknya saat ini. Setiap patah perkataan dan soalan yang ditanya, seolah-olah sesuatu yang menakutkan untuk mereka.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...