KYD 3 ¦

5.2K 434 43
                                    

"A-aku ada banyak tu je sekarang ni." terketar-ketar bibir Haziq sambil setapak demi setapak mengundur ke belakang.

Haziq melingaskan matanya memandang sekeliling. Lorong kosong dan sempit ini mana ada orang untuk dia meminta tolong. Kalau dia menjerit pun, belum tentu ada orang yang datang menolong dengan waktu yang masih awal pagi ini.

"Kau jangan nak tipu aku! Kau ada simpan duit lain dekat kocek kau kan?!" manusia bertopeng itu mengeluarkan pisau lipatnya seraya menyuakan pada wajah lelaki yang jelas nampak ketakutan itu.

"Tolong jangan apa-apa kan aku. Kita boleh pergi bank, aku akan keluarkan duit." Haziq masih cuba memujuk dan mengumpan.

"Ingat aku percaya kalau aku lepaskan kau pergi macam tu je?" manusia bertopeng itu tersenyum sinis disebalik topeng hitamnya. "Kau nak cuba lari kan?" dia mula tertawa sinis pula. "Sebelum polis jumpa kau, aku kena pastikan dia jumpa kau dalam keadaan tak bernyawa."

"To-tolong jangan. Cakap je kau nak berapa, aku boleh bagi. Jangan bunuh aku" Haziq cuba merayu.

"Kalau aku cakap aku nak sejuta, kau boleh bagi ke?"

Haziq menelan liurnya yang terasa susah. Mana dia nak dapat duit sebanyak itu. Dia bukan lah lelaki yang berduit sangat. Kenapalah perkara sebegini boleh berlaku pada dirinya. Perompak ni pun satu hal, nak merompak pun pergi la cari orang yang kaya berduit. Ini, dia juga yang menjadi sasaran.

"A-aku cuba dapatkan" Haziq bersuara setelah tiada idea apa lagi untuk menjawab.

"Arghh kau!" serta merta manusia bertopeng itu menghampiri Haziq pantas, seraya menghalakan pisau di tangannya ke perut Haziq.

Nasib baik Haziq cepat bertindak dengan menendang pisau di tangan itu. Pisau tersebut akhirnya tercampak jauh dan hampir saja masuk ke dalam longkang yang berair.

Sh*t

Kenapa tak masuk sahaja?

Manusia bertopeng itu jelas tidak berpuas hati dengan tindakan Haziq tersebut. Lantas dia menendang kuat perut Haziq, tidak berperasaan. "Kurang ajar! Berani kau melawan!"

Haziq terundur dan membongkok ke belakang lalu mengerekot sakit. Rasa senak di perut cuba ditahan. Berbekalkan tenaga yang masih bersisa, Haziq cuba melawan dengan menghalakan tendangan kakinya pada betis manusia bertopeng itu.

Perompak tersebut hanya menyungging senyum sinis apabila tendangan itu tidak meninggalkan sebarang kesan pun ke atasnya. "Itu je kau mampu buat?"

Rasa kecut di perut semakin menjadi-jadi. Rasa takut begitu mencengkam sanubarinya. Haziq mula tertanya-tanya adakah ini penamat riwayat hidupnya sewaktu di usia 30 tahun?

Manusia bertopeng itu sudah mula membuka langkah dan ingin melayangkan tumbukan padunya pada wajah Haziq. Namun Haziq lebih pantas menahan tangan sasa itu dari singgah di wajahnya.

"Masih nak melawan lagi tu" tanpa membuang masa, perompak tersebut lebih pantas menghunuskan lutut tajamnya tepat ke arah perut Haziq sekali lagi.

Terlepas jua tahanan tangan Haziq lantas membuka peluang buat perompak itu untuk terus membelasah teruk tubuhnya.

"To-tolong le-lepaskan aku" Haziq bersuara lemah apabila dia sudah tidak berdaya untuk membalas serangan bertubi-tubi manusia bertopeng itu.

[TERBIT] Kalam Yang Dinanti Where stories live. Discover now