Ku coba meraih bintang
Tetap kau mahukan bulan¥¥
Ayra mengerutkan dahi apabila lonceng rumahnya tiba-tiba sahaja berbunyi secara bertalu-talu. Siapalah yang tidak sabar-sabar itu. Sudahlah datang ke rumah orang tengah malam buta begini.
Duga Ayra pastinya manusia yang datang itu sama ada Iris ataupun abangnya. Hanya mereka berdua sahaja yang selalu sangat menganggu ketenteramannya.
Sebagai langkah berja-jaga, Ayra terlebih dahulu menjengah pada langsir tingkap untuk melihatkan gerangan manusia yang bertandang. Saat matanya tertancap pada batang tubuh yang sedang bersandar pada pagar rumah itu, Ayra menggeleng perlahan. Sejujurnya dia seolah dapat menduga tujuan abangnya itu kemari.
Dia segera melangkah ke arah pintu lalu membuka luas.
"Abang? Ada apa?" lembut Ayra bertanya pada tubuh yang masih membelakanginya itu. "Masuk je lah, bukannya pagar tu berkunci"
Haziq yang masih mengelamun itu berpusing seraya meraup kasar rambutnya.
Ayra terkejut saat melihatkan wajah basah abangnya itu. Matanya juga terarah tepat pada sepasang mata yang kemerahan itu. Dia agak terkesima dan memerlukan beberapa saat untuk memproses keadaan sekarang.
"What's wrong with you, abang?" Ayra bertanya hiba saat melihatkan keterlukaan yang terpamer jelas melalui sepasang mata itu.
"Kalau abang nak marah pada Ayra, demi Allah, bukan Ayra yang buka mulut. Iris tahu sendiri.. " terlebih dahulu Ayra menerangkan kerana bimbang jika abangnya itu akan menyalahkannya.
Haziq mengatur langkah yang penuh longlai seolah tiada langsung semangat yang berbaki saat dia mula menapak masuk ke dalam garaj. Rohnya terasa lumpuh.
"Ayra..." Haziq cuba menuturkan bicara yang terasa payah. Hidungnya semakin merah menahan tangisan yang tertahan. Dirinya semakin dibedil kesedihan yang maha hebat. "Abang berdosa ke, Ayra? Berdosakah abang sebab cintakan dia? Hina sangat ke abang? Jawab Ayra!" empangan air mata yang sedaya upaya ditahan akhirnya kembali berderai.
Bahu adiknya dipaut lalu digoncang kuat.
Haziq sudah tidak peduli jika ada yang memandangnya dalam keadaan begini. Sungguh dia telah kalah pada egonya. Apa yang dia mahu lakukan sekarang ini hanyalah menyesali dan terus menyesali.
Ayra sedikit terkejut dengan ungkapan abangnya itu. Melihatkan lelaki ini menangis membuatkan hatinya bertambah sayu. Kolam matanya juga mula bergenang dengan air hangat.
"Abang...sabar" Ayra cuba memujuk walaupun suaranya mula bertukar sebak. Dia juga tidak mahu semua ini berlaku kerana sebagai seorang adik, dia juga mahukan abangnya bahagia.
"Ayra bukan nak memburukkan keadaan tapi I need you to realize something, Abang. Terimalah kenyataan bahawa abang perlu mengalah. Ini adalah realiti sebenar yang abang perlu hadapi walau macam mana perit sekalipun untuk abang terima"
Haziq menarik nafasnya berat bagi meredakan rasa sakit yang mencengkam dadanya. "It damn hurt! Swear to god, It hurts me like hell!" Haziq semakin kuat meraung sebelum jatuh terjelopok di atas tanah sambil memukul dadanya kuat berulang kali.
YOU ARE READING
[TERBIT] Kalam Yang Dinanti
RomanceTERBIT NOVEL FIZIKAL PBAKL 2024 Amirul Haziq Haura Syafirah • Review pembaca • "SUMPAH! Bagi saya cerita ini langsung tak clishe malah tersangatlah susah nak jumpa cerita bagus macam ni." . Story yang mencabar emosi dan yang paling penting bukan cl...