Tentang Niqob

322 22 0
                                    

*✿°••┈┈┈••◈🌹﷽ 🌹◈••┈┈┈••°✿*

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد و على ال سيدنا محمد

📌 TENTANG NIQAB

1. Niqab asalnya hitam legam

Tanpa taqwa maka ditambahlah warna warni. Ditampal manik serta labuci.

2. Niqab asalnya labuh dan panjang

Tanpa taqwa dipendek-pendekkan dan disingkat-singkatkan. Dipintal pelbagai gaya dan citarasa.

3. Niqab asalnya menutup dan tertutup

Tanpa taqwa maka si pemakai jadi tayangan. Sengaja mendedahkan diri buat tatapan umum.

4. Niqab asalnya mendidik akhlak

Tanpa taqwa maka lahirlah si pemakai yang membabi buta. Di tempat awam pun masih sakan bergelak.

5. Niqab asalnya ilmu

Tanpa taqwa maka hilang tawadhuk.

6. Niqab asalnya dipakai oleh orang yang pemalu

Tanpa taqwa maka bersepahlah potret sang niqabis di sana dan di sini.

NIQAB ITU BUKANLAH PAKAIAN DI WAJAH SAHAJA TAPI PENYEMPURNAAN PENUTUPAN AURAT

GAGAL SI PEMAKAI JIKA MEMAKAINYA TANPA TAQWA

Bukan sahaja jadikan niqab itu perisai. Tapi jadikanlah niqab sebagai satu ibadah mendekatkan kamu pada Allah dan Rasul-Nya.

Semoga bermanfaat

━━━━━━━⊰✿🌹🌹✿⊱•━━━━━━━

Motivasi Remaja ITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang