Dalam Hidup Berhadapan Dengan 3 Perkara

230 5 0
                                    

Dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan 3 perkara:

1. Ujian hidup
2. Impian / Cita-cita
3. Kematian

Jika kita berjaya melepasi satu ujian, kita akan berhadapan dengan ujian-ujian hidup seterusnya hinggalah datangnya kematian, iaitu ujian terbesar hidup ini. Tiada orang yang terlepas daripada ujian  Allah SWT. Bertabahlah. Ujian-ujian itu untuk mematangkan kita dan menginsafkan kita bahawa di sana ada Allah SWT Yang Maha Berkuasa yang mampu melakukan apa sahaja yang Dia inginkan walaupun tidak kita ingin. Allah SWT ada KehendakNya tersendiri yang tidak terikat dengan kehendak kita dan adakalanya KehendakNya bertentangan dengan kehendak kita.

Kita juga mempunyai pelbagai impian hidup namun kebiasaannya ajal kematian mendahului impian-impian kita itu kerana ajal itu datangnya secara mengejut. Bersiaplah diri selalu kerana kematian kita yang mengejutkan keluarga dan orang-orang yang kita sayangi di sekeliling kita itu, lebih-lebih lagi ia mengejutkan diri kita sendiri.

Berkata Sayyidina Ali RA;
يَا مَنْ بِدُنْيَاهُ اشْتَغَلْ, وَغَرَّهُ طُولُ الأَمَلْ. الموت يأتي بغتة ً, والقبر صندوق العمل.

Motivasi Remaja ITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang