MSE | 001

635 26 2
                                    

Kawasan Airport tempat orang awam menunggu penumpang pesawat yang baharu sahaja tiba dibanjiri oleh orang ramai, hal itu bukanlah perkara biasa golongan orang yang sedang berasak-asak dikawasan tersebut sedang menunggu idola mereka sudah pasti kerana mereka ingin bersua muka secara langsung dengan idola mereka tidak ketinggalan para wartawan yang hadir disitu.

Serentak dengan itu seorang yeoja anggun, langsing dan bertubuh cukup tinggi yang sejak tadi dinanti-nantikan oleh semua fansnya akhirnya muncul membuatkan segerombolan fans yang setia menunggu sejak tadi mula kecoh dan tidak kurang daripada mereka menghujankan flash kamera mereka pada idola tersebut.

Sang idola juga tidak menyia-yiakan detik ini walaupun dia berasa penat dengan jadual yang cukup padat dan berasa sedikit lenguh sebab terlalu lama berada dalam pesawat tidak menghalang dia untuk menyapa para fans sambil melambai serta mempamerkan senyuman menawan miliknya membuatkan beberapa fans yang berada disitu berasa teruja dan berteriak histeria.

"Wonyoung Saranghae!!!"

Jang Wonyoung dia ialah idola yang sedang menyapa pemintanya dengan riang sekarang, sebut saja namanya semua orang tahu dia merupakan Model yang sangat terkenal serta pelakon yeoja yang mula naik daun dikala ini.

Idola yang dikenali dengan nama pentasnya Wony itu terus berjalan didampingi oleh manajernya yang sedang menyeret bagasinya, bodyguard dan juga beberapa orang awam yang juga baru mendarat bersamanya sebentar tadi. Disebabkan terlalu asyik melayan fansnya dia tidak sedar bahawa dia akan tersalah langkah dan badannya terhuyung kebelakang menandakan dia akan terjatuh disitu dihadapan semua fansnya! Lebih parah lagi disitu ada wartawan pasti sekejap lagi berita tentang kejadian ini akan tersebar luas.

Bukankah itu sesuatu yang cukup sadis?!

Dikala dia sedang mengalami incident yang tidak dapat dielakkan itu beberapa bodyguard yang berada disitu juga tidak sempat untuk menyelamatkan keadaan! Kamera mula difokuskan pada wony semua orang berada disitu tidak menyangka hal ini akan berlaku.

Masa seakan bergerak secara slow motion semua mata mula membesar memerhati detik-detik cemas itu mereka tidak dapat berbuat apa selain menjadi pemerhati jatuhnya seorang idola kesayang mereka tergeletak dilantai simen.

Sebuah keajaiban berlaku, dengan sepantas kilat badan Wonyoung yang terhuyung-hayang kebelakang disambut kemas oleh seseorang. Seorang namja hensem berpakai cukup bergaya kini menjadi penyelamat kepada Wonyoung beberapa orang awam yang berada disitu sangat tergamam dan ada dikalangan mereka mula melepaskan nafas lega.

Syukurlah Idola kesayang mereka selamat~

Semua orang mula tertanya-tanya siapakah superhero tersebut cara permakaian namja itu juga menarik minat mereka adakah namja itu juga seorang idola? Setelah menenangkan diri segera wonyoung menunduk hormat serta mengucapkan terima kasih pada penyelamatnya.

Namja tersebut melemparkan senyuman ramah pada Wonyoung lalu membuka spek mata hitamnya, beberapa saat kemudian muka wonyoung berubah dia memandang tidak percaya pada sosok yang sedang berdiri dihadapannya sekarang.

"Lee Chaeyeon?!" Sekali lagi Chaeyeon hanya tersenyum ramah lalu dia melambai pada Wonyoung untuk beredar.

Baharu beberapa tapak Chaeyeon melangkah dia kembali memandang kearah Wonyoung semula.

"Lain kali tolong lebih berhati-hati ya Wony..." Nasihat Chaeyeon lalu betul-betul meninggalkan tempat itu, meninggalkan Wonyoung yang masih lagi terpaku tidak percaya.

***

Di tempat lain lebih tepatnya didalam sebuah pejabat berdinding kaca dengan keluasan yang boleh dikata agak luas berserta keadaan dalamannya yang sangat kemas dan teratur... tapi bukanlah itu yang menarik perhatian didalam bilik itu. Didalam bilik tersebut ada seekor itik ganas yang sedang mengurut perlahan dahinya sambil menatap tajam kearah seorang namja yang merupakan secretarynya.

My Sweet Enemy | IZ*ONE [ H ]Where stories live. Discover now